Khamis, 8 Jun 2017

BAHAYAKAH KRIM STERIOD UNTUK KANAK-KANAK?





Ramai parents tak tahu kebanyakkan krim gatal yang anda perolehi dari hospital, klinik atau farmasi mengandungi steroid, termasuk saya.. ya saya pun tak tahu dulu.. Anak pertama memang saya tak banyak ilmu, pakai je apa yang kawan-kawan dan saudara sarankan.

Sebenarnya krim gatal jenis ini banyak digunakan. Ia hanya boleh didapati dari klinik, hospital dan farmasi. Pembeliannya tidak memerlukan surat (prescription),tapi kalau beli di farmasi memerlukan pembeli mencatat nama dan alamat sebagai menurut peruntukan undang-undang.


Jenis-jenis steroid yang sering digunakan


Antara steroid yang selalu digunakan ialah hydrocortisone, betamethasone, clobetasol, triamcinolone, momethasone, clobetasone, dsb. Sebagai contoh, jenama Daktacort yang dijual mengandungi hydrocortisone.

Krim jenis ini banyak digunakan untuk:
  • Merawat ruam lampin (selalunya dicampur dengan ubat anti-kulat) seperti Daktacort, Candacort, Decocort, dsb

Hasil carian imej untuk Daktacort
Daktacort
  • Gatal-gatal disebabkan alahan (allergy) seperti Elomet, Hydrocortisone, Betnovate, Dermovate, dsb
  • Gigitan serangga
  • Gatal di bahagian sulit - selalunya lelaki menghadapi masalah gatal di celah kelangkang



Psoriasis
  • Psoriasis seperti Dermovate, Diprosalic, Beprosalic, Elomet, dsb


Untuk jangkamasa panjang & dengan banyak. Ia harus disapu nipis-nipis ke bahagian yang kena. Sekiranya boleh, tidak perlu digosok, cuma sapu sebagai satu lapisan yang nipis.


Antara kesan-kesan sampingan steroid ialah:

Tanda-tanda kesan sampingan akibat penggunaan ubat steroid adalah berbeza, mengikut tempoh masa ubat tersebut diambil.

Penggunaan ubat steroid secara jangka masa panjang (lebih daripada 2 minggu) boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:
  • Lapisan tulang menipis dan mudah patah
  • Paras gula dalam badan meningkat
  • Sistem ketahanan badan menjadi lemah
  • Gangguan kepada penghasilan hormon adrenal
  • Kadar tumbesaran terbantut
Sekiranya ubat steroid diambil secara jangka masa pendek, maka kesan samping seperti berikut mungkin berlaku
  • Berat badan meningkat
  • Bengkak kaki dan badan akibat penakungan air dalam badan
  • Gangguan emosi, seperti mudah marah dan perasaan gelisah
  • Tekanan darah meningkat
  • Gangguan perut seperti gastrik, muntah dan ulser perut
Kebanyakan penyakit yang dirawat dengan ubat steroid memerlukan pengambilan secara jangka masa panjang kecuali dalam kes-kes alahan. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk memantau tanda-tanda kesan sampingan yang mungkin terjadi kepada anak-anak. Sekiranya anak-anak menunjukkan tanda-tanda kesan sampingan daripada ubat steroid, ibu bapa perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor atau ahli farmasi.


Penyalahgunaan steroid dalam kalangan kanak-kanaK
Ubat steroid dikategorikan sebagai ubat terkawal, iaitu ia hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor. Maka, segala penggunaan ubat steroid tanpa arahan doktor atau ahli farmasi boleh dianggap sebagai salahguna.

Penyalahgunaan ubat steroid sering berlaku apabila ibu bapa cuba merawat anak-anak sendiri tanpa merujuk kepada doktor. Contohnya, ibu bapa memberikan ubat steroid kepada anak-anak yang lain apabila mereka menunjukkan tanda-tanda sakit yang kelihatan sama seperti anak yang pernah dirawat dengan ubat tersebut. Harus diingati bahawa bukan setiap jenis penyakit memerlukan rawatan steroid. Pemberian ubat steroid kepada anak-anak tanpa nasihat doktor akan mendedahkan anak-anak anda kepada kesan sampingan yang tidak diingini.

Penyalahgunaan steroid juga boleh berlaku apabila ibu bapa membeli ubat-ubatan yang tidak berdaftar seperti ubat tradisional cina, majun atau jamu. Ubat-ubatan tersebut dikatakan “ajaib” dan amat berkesan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Disebabkan oleh tindakbalas ubat steroid itu sendiri, produk tidak berdaftar ini sering dipasarkan sebagai ubat resdung, ubat gout ataupun ubat sakit sendi.

Sebelum membeli apa-apa produk, ibu bapa harus mengenalpasti sama ada produk tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Elakkan daripada membeli ubat melalui laman web atau kedai bukan farmasi (contohnya kedai runcit).



Kesimpulan
Ubat steroid adalah selamat untuk kanak-kanak sekiranya ia digunakan mengikut arahan dan cara penggunaan yang betul. Ibu bapa perlu selalu memeriksa penggunaan ubat steroid di kalangan anak-anak dan merujuk kepada doktor atau ahli farmasi jika mempunyai sebarang keraguan mengenai penggunaannya.


Mencari product natural tanpa penggunaan steroid?





No automatic alt text available.




Selasa, 6 Jun 2017

SELAMATKAH MOPIKO UNTUK BAYI BAWAH 2 TAHUN?


Dolu2 masa dpt ank sulong sy was2 dgn mopiko, tapi apply jugak sbb xda pilihan lain, kesian ank kena gigit nyamuk sebab musim hujan nyamuk mmg banyak time tu... lps pantang baru jumpa kotak mopiko
.
Kat situ tertulis "can cause convulsion" (sawan): contraindicated in infant below 2 yers of age" .Terus sy google bahaya mopiko..
.
Antaranya yang sy jumpa
"Kerana ia mengandungi camphor yang boleh menyebabkan kesan sampingan serius iaitu sawan" (convulsion).. budus kan ummi mu? xbaca dulu sebelum beli..tapi Alhamduillah xda apa2 kesan yg belaku kat ainun..
Image may contain: text

.
Setiap produk yang mengandungi camphor, kkm telah mewajibkan kenyataan amaran pada label produk tersebut, sama macam rokoklah.. produk merbahaya KKM mewajibkan peletakan amaran pada kotak. Dah terang2 kat situ xkan xnampak kan, cuma bezanya kita sebagai parents cakna atau x..klu xfaham googleh!
.
Sempat jugak saya selek 2 3 kali kat ainun.. lepas baca kotak tu no more mopiko even sekarang dia dh 3tahun lebih..
.
"Ohhh.. amaran utk kanak2 bwh 2thun je, anak sy dah 4 tahun"..
Kenapa nk letak anak kita dalam risiko kan? walhal banyak lagi produk natural..
.
Dah anak 2 baru sy jumpa sutra avera, sekarang ni klu anak2 kena gigit nyamuk sapu je dgn sutra avera and moisturizing, alhamdulillah bintat tu memang hilang. Sebab lainnya sy pilih sutra kerana tumbuhan Aloe Vera dalam produk avera 100% organik (certificate) dan harga berpatutan.. 

No automatic alt text available.
Avera soothing and moisturizing

.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan avera ni, antaranya boleh digunakan untuk turunkan suhu anak2 bila demam dgn cara lumur pada ubun2 dan tubuh ank.
Image may contain: food and text
Banyak manfaat Avera Soothing


..Sy xsuka gebang, sy cuba sendiri dan sy share.. 
.
JOM! "1 rumah 1 avera soothing and moisturizing"

untuk info sila contact hakak kat bawah ni ye..