Sabtu, 29 Ogos 2015

Kebaikan Super Power Grapeseed Oil

Alhamdulillah sekarang ini anak sedang nyenyak tidur, sempat nak buat entry panjang2 walaupun sebahagianya copy paste dari sumber-sumber rujukan. Saya nak introduce mengenai produk baru iaitu Super Power Grapaseed Oil yang berasaskan ekstrak biji anggur..

KENAPA BUAH ANGGUR?
Pertama sekali salah satu matlamat perniagaan saya adalah ingin mempromosikan makanan sunnah yang sememangnya baik untuk kesihatan, cuma tak ramai yang tahu akan kelebihan makanan sunnah yang terdapat dalam Al-Quran ini. Mungkin selepas ini jika ada rezeki dan peluang saya akan pasarkan pula secara online makanan2 sunnah yang lainnya dengan moto "selain berniaga kita beramal" gituu..

Kedua, kerana anggur adalah salah satu makanan yang disebutkan dalam Al-Quran tentang khasiat dan kebaikannya, bila Allah dah sebut dalam Al-Quran maka rugi kalau kita sebagai manusia tidak mengkaji dan mengamalkan kerana ada khasiat yang terselindung disebalik buah-buahan syurga ini.

Buah-buahan yang disebut di dalam al-Quran. Pasti banyak khasiat dan manfaatnya insyaAllah.

#islami #islam #muslim #muslimah #allah #akucintaislam #motivasi #hijab #quote #bijak #sunnah #odoj #onedayonejuz #quran #alquran #syari #islamic #hadits #doa #dzikir #zikir #shalat #bismillah #alhamdulillah #dakwah #renungan #nasihat #katabijak

Buah-buahan dalam Al-Quran
''Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.'' ( QS: An Nahl: ayat 11)

Aneka buah-buahan segar diciptakan Sang Khalik untuk umat manusia. Di antaranya, salah satu yang disebutkan Allah SWT dalam Alquran dalah anggur. Buah yang rasanya lazat itu, disebutkan dalam Alquran sebanyak 14 kali.

Senarai Surah Yang Menyebut Tentang Anggur:   
An-Naba’ 32 
Abasa 28 
Al-An’am 99 
Yaasin 34 
Al-Nahl 67


KHASIAT ANGGUR
Berikut adalah antara khasiat anggur:

1. Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan risiko serangan jantung.

2.Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.

3. Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.

4. Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).

5. Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.

5. Alzheimer – Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer.

6. Anggur juga pada hakikatnya membantu kesihatan otak manusia.

7. Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan anti-bakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.

8. Mengurangkan risiko kanser – Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.

KENAPA EKSTRAK BIJI ANGGUR?
Tahukah anda? Kajian saintifik menunjukkan bahawa kuasa antioksida proanthocyanidins di dalam ekstrak biji anggur20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa daripada vitamin C.

Ekstrak Biji Anggur (Vitis Vinifera) Ekstrak Biji Anggur, yang dikeluarkan dari kulit dan biji anggur, mengandungi perlindungan oligomeric proanthocyanidins (OPC) dalam kuantiti yang ketara. Kandungan utama ekstrak Biji Anggur adalah kompaun phenolic kepada mononers (catechins, epicatechin, dan taxifolin) dan flavonoid yang sejat. Ekstrak biji tersebut dibuktikan sebagai antioksida kuat yang dapat melindungi badan daripada proses penuaan dan pereputan dengan meningkatkan ketahanan plasma darah terhadap tekanan beroksida. 


KENAPA SUPER POWER GRAPESEED  INI TERBAIK?
Kerana serbuk Biji Anggur ini diperoleh dari biji-bijian anggur merah yg dipecah & diperhalus, mengandungi antioksida utama oligomeric proanthocyanides (OPC) pada kadar kepekatan antara 80% - 85%. Tahap kekuatan antioksida yg ada pada ekstrak minyak biji anggur adalah 50 kali ganda lebih kuat berbanding vitamin C & 20 kali ganda lebih kuat berbanding vitamin E. Ianya 100% organik!

BAGAIMANA NAK DAPATKAN  SUPER POWER GRAPESEED OIL?
Nak dapatkan oroginal Grapeseed Oil silalah berhubung melalui no di bawah, whatsapp preferred!
atau ke page Ekstrak Kacip Fatimah

Grapeseed Oil dalam bentuk softgel



Link yang berkaitan:
  • Kebaikan Super Power Grapeseed Oil
  • Kebaikan ekstrak biji anggur
  • Kebaikan buah anggur
  • Ekstrak biji anggur untuk kesihatan
  • Super Power Grapeseed Oil


Khamis, 13 Ogos 2015

ENTRY BERBULAN-BULAN TERTUNGGAK!

Pertama sekali nak panjatkan kesyukuran, Alhamdulillah sedar tak sedar anak dah nak masuk 2 orang dah, inilah antara penyebab saya dah tak berapa nak rajin update blog dan antaranya jugaklah sebab alahan tapi bukan alahan muntah-muntah atau mabuk-mabuk macam yang saya alami ketika mengandungkan enon, tapi alahan malas mengadap laptop dan yang kedua sebab sibuk uruskan anak dan suami, ini perkara biasa sebagai seorang ibu yang juga suri rumah sepenuh masa.. 

Namun pelanggan-pelanggan yang nak buat tempahan supplement janganlah risau sebab saya ada tab yang memudahkan saya bekerja dan me'reply' message sambil berbaring bila penyakit alahan datang..hehe..sekarang dah melangkah trimester ke-2 condition dah semakin hokey..Anytime message whatsapp atau inbox saya reply tanpa perlu berkompromi..setiap pesanan akan saya lakukan urusan penghantaran sepantas yang mungkin dan juga perlu diingatkan penghantaran setiap hari kecuali jumaat dan cuti umum ye puan-puan.

Saya teruskan dengan entri2 tertunggak.. rasanya masih belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat semua pembaca blog saya serta pelanggan-pelanggan yang membeli supplement melalui info dari blog ini.. Alhamdulillah saya kembangkan sikit business saya dengan perkhidmatan kereta sewa, walaupun hanya 2ketul je kereta sewa yang disediakan namun sejak bermula business ni memang tak mengecewakan saya dan suami, insyAllah saya dan suami akan cuba sedaya upaya sediakan kondusi kereta sewa yang tip top! untuk kepuasan perjalanan anda, insyAllah juga akan ada penambahan bilangan kereta sewa jika diizinkan rezeki dariNya..

tak pernah saya upload gambar kereta sewa, kali ni kita bg view sikit ye.. baru dan tip top!
Kereta jenis : AXIA (A) both

Eh nampak x si enon kat dalam kereta!

gambar ni baru ambil minggu lepas dari tarikh entri ini ditulis...

kereta biru ni xsempat pulak saya nak snap overall sebab memory hp full, so saya bagi view ketika kereta baru keluar oven..



Alang-alang tu saya nak lanje sikit gambar raye...

Gmba anak jelah.. yang baju biru tu anak saya ainun aka enon, yang baju turqoise tu sepupunya Aufa beza lebih dahulu 2bulan dengan ainu.. masing-masing pantang jumpa handphone!


last but not least.....
Selalu lah saya akan bawa ainun kemana sahaja, nak post barang atau hantar dan ambil pelanggan yang nak menyewa kereta kalau abinya sibuk di kantorr..


dan akhirnya dia akan....

Zzzzzzzz... ni la keja dia dalam kereta.. Alhamdulillah xbanyak meragam..




umpannya oat krunch je





sekian...
Thankyou for reading.. :)