RECENT POST

Rabu, 18 Mac 2015

Doodle pertama



Doodle pertama saya.. antara drawing yang paling diminati remaja masa kini, walaupun saya bukan lagi remaja.. hmmm

Selasa, 10 Mac 2015

MASA SENGGANG

Dah lama tak tak buat drawing freehand mcm ni... Last saya hasilkan drawing masa semester akhir diploma.. dan bila sambungbijazah terus saya tinggalkan bakat lama saya ni sebab masa tu semua dah guna sketchup dan aplikasi lain untuk randering..

hasilnya memang lebih cepat berbanding freehand mcm ni tp bagi saya freehand mcm ni lebih unik dan mahal kalau dijual.. barang handmade kan lagi mahal...

Tapi sekarang dengan smartphone anda boleh buat drawing... cuma smartphone kecil, xpuas kalau nak buat drawing mam ni.. drawing ini saya gunakan galaxy note 8.0 bersaiz 8inch.. mana2 note pun boleh termasuk tab asalkan ada disediakan s pen..

Isnin, 2 Mac 2015

PUNCA SALURAN FALLOPIAN TERSUMBAT

NOTICE: NOTA INI DIAMBIL ATAS KEBENARAN drzubaidi.com ANDA TIDAK DIBENARKAN ULANG SIAR ATAU DIKONGSIKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL DAN PERNIAGAAN


Dua punca utama berlakunya sumbatan saluran fallopian.

Punca utama ialah jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas.

Jangkitan ini lebih sering berlaku pada wanita berbadan besar, pesakit kencing manis, wanita yang memakai alat IUD, wanita yang lepas keguguran atau pesakit yang mengalami daya ketahanan tubuh yang rendah seperti pesakit autoimmune atau kanser.

Tanda-tanda jangkitan pada rahem dan organ reproduktif ialah keluaran keputihan yang berwarna kuning atau hijau dan berbau, serta merasa gatal.

Kuman akan naik kedalam rahim dan terus masuk saluran fallopian dan menyebabkan sumbatan.

Punca kedua ialah penyakit endometriosis, yang disebabkan darah haid yang masuk semula ke dalam rahem dan melalui saluran fallopian pergi ke belakang rahim.

Darah haid yang mengandungi darah tisu endometrium, toksin dan kuman2 menyebabkan reaksi radangan yang teruk sehingga menyebabkan kerosakan saluran fallopian yang akhirnya jadi tersumbat.

Pada peringkat awal sumbatan, Ektrak Kacip Fatimah dapat membantu membuka semula sumbatan ini.

Tetapi jika ia sudah berlaku lama melebihi setahun, agak sukar untuk menyembuhkannya dan doctor selalu mencadangkan pembedahan untuk membuka sumbatan itu.

Wallahu a’lam.



Link berkaitan:

Ahad, 1 Mac 2015

Wanita OKU guna lidah akses internet mahu bantu ibu promosi kicap, sos




Terkesima, tercabar, malu dengan diri sendiri bila tengok semangat wanita ini.. Kecacatan kaki dan tangannya langsung tidak mematahkan semangatnya untuk mempromosikan produk jualan ibunya iaitu kicap dan sos dengan menggunakan lidah... Kita sendiri yang mempunyai cukup kaki tangan kadang-kadang merungut bila nak lakukan sesuatu tugasan termasuklah saya sendiri, handphone hang pun kadang2 merungut.. masyAllah

Saya harap semoga kisah wanita ini dapat menjadi teladan buat saya sendiri dan buat rakan rakan yang asik bertangguh kerja..  Kejayaan takkan datang bergolek.. Mulakan sekarang!
Berita selanjutnya di sini


KEBETULAN

"Entri ini ditaip pada hari sabtu"

Ini cerita saya hari ini, pagi sabtu selepas hari jumaat yang barakah...

Biasanya hari jumaat saya kurang mendapat tempahan EKF dan produk2 lain sebab hari cuti umum di kelantan, so masa terluang saya gunakan bersama keluarga.. Pagi jumaat semalam ada pelanggan saya whatsapp bertanyakan serum dan EKF yang saya jual.. lepas deal diskaun dan bla..bla., pelanggan saya bersetuju untuk membeli dan terus bank in kan amount tersebut.. dan terus saja saya akhiri ayat terakhir conversation dengan "baiklah puan, esok saya akan post", hingga ke pelanggan yang seterusnya pun saya berikan jawapan yang sama... jawapannya memang wajiblah post esok! (hari sabtu)

Tapi terlupa pula suami saya yang dipertanggungjawabkan untuk mengepost barang ada perlawanan futsal di kampus dengan staf UMK yg lain pada hari sabtu.   Dalam hati  "xkan nak paksa2 suami supaya post barang tersebut sedangkan dia pun sibuk, tapi xkan nak suruh pelanggan tunggu sampai hari ahad baru nak post produk,  padahal pelanggan saya dah lakukan transaksi sejak hari jumaat"... 

Dengan pelanggan, saya memang lemah...  asal pelanggan saya bank in saya tak akan tangguh2 untuk post sebab memang saya tak suka serabut kepala hotak buat pelanggan tertunggu-tunggu, sape yang tak eksited kalau beli berangan secara online, lainla kalau beli secara live bayar terus bwak balik tapi online ni memerlukan kesabaran, nak-nak kalau pelanggan yang jenis tak boleh sabar, jadi untuk lebih selamat lebih baik cepat2 post.. yang penting pelanggan saya berpuas hati dan saya tak perlu nak argue, kang kena snapshoot dan jadi viral 1 malaysia!

Pikir punya pikir sampai ke malam.. "erm... macam mana aku nak post barang? kereta xde esok, xkan nak kendong ainun dalam baby carrier dan tunggang moto?...oiii bahaya!.. dan terus...zZzZZZZzzzzz sampai ke pagi esoknya hari sabtu...

Bngun pagi solat subuh... masih lagi berfikir lama... masuk ke bilik SOHO dan tulis alamat pelanggan di congsiment letter dan bungkus siap!.. tapi sape nak post??? .. suami saya pagi2 lepas subuh dah start kereta untuk perlawanan futsalnya.. bingkas saya bangun dengan air sembahyang yang masih ada saya tunaikan solat dhuha seperti biasa, selesai solat saya berdoa semoga Allah murahkan rezeki untuk hari ini dan PERMUDAHKAN URUSAN saya.... Selesai berdoa ambil Al-Quran dan baca sementara anak belum bangun... selesai membaca Al-Quran saya ke belakang rumah dan masukkan baju dalam mesin basuh... 

Settle semua hal basuh baju terus saya capai tablet, macam biasa check kalau2 ada tempahan lain.. paling last buka mesej jiran yang minta nak beli parcel RM6 dari saya, katanya nak postkan ikan gelama kepada rakannya kat KL.. Tdetik dalam hati, kalau dia nak beli parcel dah tentu nak poskan parcel tu, apa lagi terus la saya reply msg dan minta tolong tumpang postkan barang alang2 kalau nak ngepost .. Allhamdulillah kebetulan jiran saya pun memang nak postkan barang di postlaju haritu...

Demikian settle semua postage untuk hari tu.. 


Feeling blessed :p sangat hari tu sebab Allah tolong permudahkan urusan saya di saat sy memerlukan DIA dengan berikan solusi melalui 'kebetulan'.. Sebenarnya banyak sangat kisah2 kebetulan dalam hidup saya ni, ini hanyalah kisah kecil yang sempat saya ceritakan kat sini, ada yang saya ingat dan ada yang saya lupa bagai angin lalu dan ada yang tak perlu diceritakan.....harap2 dapat jadi inspirasi bagi rakan-rakan,...

Sekian cerita saya..