RECENT POST

Sabtu, 28 Februari 2015

BEKERJA VS JAGA ANAK

Dua tahun lepas atas permintaan suami saya berlapang dada ketika melangkah keluar dari Appraisal Properties di Intel. Saya keluar dengan berpegang dengan kata-kata rezeki akan murah kalau kita berkahwin dan mempunyai keluarga.

Walaupun ada yang soksek kat belakang katanya "rugi ada  ijazah tapi akhirnya hanya jaga anak"...

Sebenarnya ada banyak peluang rezeki dari rumah kalau kita bijak manfaatkan ilmu yang kita ada sambil dapat melihat anak membesar depan mata, 

kita gunakan ilmu yang ada untuk mendidik anak-anak..

Percayalah,sekiranya kita redha melepaskan sesuatu kerana Allah maka Allah akan redha memperkenankan doa kita.. InsyAllah

Antara best quote yang memberikan saya semangat sebagai WAHM (Work At Home Mom)...





Antara best moment ketika di rumah membesarkan anak...
Dapat lihat anak seronok bermain bedak ...


Bermain tisu...
Mengaji bersama..


Hanya sebagai renungan....

Rabu, 18 Februari 2015

Apa itu Fibroid dan tanda-tanda #Testimonial

Assalamualaikum, hari ini saya nak kongsikan mengenai penyakit yang sering dihidapi wanita secara senyap. Sekiranya anda wanita yang berusia 30-40 perlu ambil tahu dan peduli namun ada juga wanita yang mengalami masalah fibroid diawal usia 20an. Jadi jom sama2 kita check hasil copy paste saya dari sumber ini

Apa yang anda perlu tahu tentang fibroid?
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.


Bagaimana wanita boleh menghidapinya?
Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

Apakah simptom yang dihadapi wanita?
Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:
  • Sakit semasa haid (senggugut)
  • Sakit belakang
  • Haid yang banyak
  • Sembelit
  • Kencing kerap
  • Keguguran yang kerap
  • Sukar mengandung

Bagaimana fibroid dapat dikesan?
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.

Bagaimana fibroid ini dirawat?
Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:
  • Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
  • Berapa cepat fibroid tersebut membesar
  • Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
  • Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung

Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.


Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?
Bagi wanita yang mempunyai saiz fibroid bawah 3cm boleh mencuba Ekstrak Kacip Fatimah untuk mengecutkan saiz fibroid, namun wanita yang mempunyai saiz fibroid lebih dari 4cm juga boleh mencuba Ekstrak Kacip Fatimah tetapi mungkin mengambil masa yang lama untuk mengecut berbanding fibroid yang bersaiz kecil. 

Ekstrak Kacip Fatimah juga sesuai bagi wanita yang ingin menggunakan sebagai supplement untuk menghindar dari fibroid



Anda juga disyorkan membaca: Tanda-tanda anda mempunyai fibroid


Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi maklumat seperti di bawah




Link berkaitan:

Selasa, 17 Februari 2015

PENDARAHAN YANG BANYAK KETIKA HAID

NOTICE: NOTA INI DIAMBIL ATAS KEBENARAN drzubaidi.com ANDA TIDAK DIBENARKAN ULANG SIAR ATAU DIKONGSIKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL DAN PERNIAGAAN

“Salam doktor. Saya berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami senggugut yang kuat dan selalunya disertai dengan pendarahan haid yang banyak dan panjang semenjak belajar di universiti. Ini menyebabkan kitaran haid saya tidak terartur. Saya menukarkan sekurang-kurangnya 10 tuala wanita sehari dalam hari pertama.

Baru-baru ini saya mengalami rasa mudah letih, cepat penat dan semput apabila menaiki tangga di tempat kerja. Rakan-rakan saya mengatakan mungkin ada gangguan jin kerana kitaran haid saya tidak teratur. Mohon penenrangan”



Wa alaikum mus salam.

Saya bersimpati dengan masalah yang saudari alami. Malangnya saya tidak dapat memberikan komen mengenai gangguan jin kerana saya bukanlah orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai jin.

Mengenai kitaran haid puan yang banyak dan panjang, selalunya lebih disebabkan oleh masalah hormone yang tidak seimbang. Jika masalah ini tidak dirawat dari peringkat awal, maka keadaan saudari akan bertambah teruk.

Masalah haid yang berpanjangan turut akan membimbangkan saudari, kerana ia mungkin menyebabkan saudari merasa ragu-ragu status darah itu apabila mahu melakukan solat dengan sempurna.

Kebiasaannya bilangan hari keluar haid yang normal adalah sekitar 7 hari. Kadang kala ia berlangsung selama sehingga 15 hari.

Jika pendarahan haid keluar melebihi 15 hari, ia dikatakan sebagai darah istihadah atau dah penyakit (darah yang tidak normal).

Kuantiti darah yang turun semasa haid biasanya sekitar 30 cc dalam setiap kitaran haid. Jika pendarahan yang banyak berlaku melebihi 80cc, ia disebut sebagai “menorrhagia”dalam bahasa perubatan.

Kehilangan darah haid juga lebih dari 80cc setiap bulan akan mengalami masalah anemia yang kronik.

Anemia yang kronik akan menyebabkan rutin kehidupan seseorang wanita itu terganggu. Beliau berwajah pucat dan lesu, kepenatan, mudah sesak nafas dan tidak dapat focus terhadap pekerjaannya di tempat kerja.

Bagi mereka yang mengalami masalah kitaran haid yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone, saya mencadangkan mengambil suplemen Ekstrak Kacip Fatimah.

Selain dari masalah ketidak seimbangan hormone, masalah pendarahan yang banyak ketika haid boleh disebabkan oleh:
  1. Polip pangkal rahim atau di dalam rahim atau di dalam rahim
  2. Endometriosis
  3. Fibroid
  4. Kekurangan atau berlebihan hormon tiroid 
  5. Cystic glandular hyperplasia
  6. Penyakit radang pelvis (PID) yang kronik
  7. Sindrom Polycystik ovari (PCOS)

Jika ini berlaku,maka langkah yang terbaik sekali adalah dengan melakukan pemeriksaan untuk mengdiagnosa masalah sebenar di hospital/klinik berhampiran,dikhuatiri ianya adalah apa yang disebut sebagai MENORRHAGIA.

Rawatan untuk masalah menorrhagia selalunya tidak sama antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain kerana ia bergantung kepada punca, umur dan keadaan pesakit. Maka berbincang dengan doktor ginekologi bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dan terbaik amat disarankan.

Wallahu a’lam.

by: Dr Zubaidi Hj Ahmad





Link berkaitan:

Isnin, 16 Februari 2015

Keperibadian Tok Guru Nik Aziz dikagumi oleh masyarakat bukan islam

Dah dua hari pemergian TGNA, sebagai individu yang sudah 2 tahun bermastautin di kelantan, saya terasa ralat kerana tidak berkesempatan untuk mendengar kuliah beliau di dataran ilmu Kota Bharu pada setiap pagu jumaat dan tidak pernah berjumpa secara dekat dengan pemimpin yang disayangi ramai ini. Kuliah terakhir beliau adalah pada bulan oktober tahun lalu, namun apakan daya ajal maut jodoh pertemuan Allah sudah tetapkan, hanya kata-kata azimat beliau masih saya hayati dan pelajari untuk pedoman.. 

Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan:
•Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
•40% dari gaji beliau digunakan untuk kebajikan di Kelantan.
•Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal.
•Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau.
•Dia seorang yang warak dan zuhud.
•Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil.
•Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi.

Tok Guru Nik Aziz merupakan seorang tokoh pemimpin yang sangat dikagumi atas keperibadian beliau yang tidak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dengan kemewahan dan keistimewaan yang sepatutnya dia terima seperti Menteri Besar yang lain. 

Kehidupannya yang biasa-biasa sahaja menyebabkan ramai masyarakat bukan islam mengkagumi dan menghormati beliau biarpun berbeza agama dan budaya... Tak percaya tengoklah screen shoot ini....







P1260347
Kediaman Tok Guru Nik Aziz Nik Mat






















Khamis, 12 Februari 2015

Pemergian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tiada pengganti

Daripada Abdullah bin 'Amr RA, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi ALLAH mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain." (Hadis riwayat Al-Bukhari )

Selasa, 10 Februari 2015

Kulit kusam, bekas jerawat dan tona kulit tidak sekata berkurang dengan penggunaan Serum Vitamin C NN Beauty #Testimonial


Awas! jahui diri anda daripada suntikan tanpa pengawasan pakar.. Sekarang dah banyak produk vitamin C yang terbukti berkesan tanpa mercury dan hydroquinone.. Anda hanya perlu tekan dan goles pada wajah.. InsyAllah dengan penggunaan secara konsisiten mampu memperbaiki struktur kulit wajah dengan mengurangkan kulit kusam, bekas jerawat dan tona kulit tidak sekata...


Testimonial pelanggan Serum Vitamin C 



https://www.facebook.com/SOHObizbeautyshop?ref=hl
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi contact number seperti di atas atau klik pada gambar

Link Berkaitan:

Isnin, 9 Februari 2015

MENGURUSKAN BADAN DENGAN EKSTRAK KACIP FATIMAH

Penyelidik Universiti Sains Malaysia telah berjaya mencipta satu formula bagi membantu wanita menurunkan berat badan menggunakan herba Ekstrak Kacip Fatimah.

Keratan akhbar

Ia memenangi anugerah emas dalam Ekspo Teknologi Malaysia pada 20 Feb 2014.

Menurut ketua pasukan penyelidik USM itu, Prof Dr Zhari Ismail berkata Kacip Fatimah adalah herba tempatan yang telah digunakan oleh penduduk oleh wanita sebagai tonik kesihatan, pasukan pengkaji USM telah mendapati kesan penurunan berat badan dan telah diuji secara saintifik.

Penyelidikan itu mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan kahian makmal telah menunjukkan 10% kepada 20% berat badan pada tikus yang diuji.

Produk ini selamat kerana ia telah menjalani ujian toksikologi.


 EKSTRAK KACIP FATIMAH UTM

MAKAN PATI IKAN HARUAN KETIKA HAMIL



“Assalamu alaikum, doctor. Doctor saya hendak tanya, anak pertama bersalin secara ceaserean dan berumur masuk 5 bulan. Saya sekarang hamil 9 minggu. Bolehkah saya meneruskan menyusukan anak saya yang pertama. Bolehkah saya boleh ke saya makan pati haruan untuk dlm sembuh betul dan boleh kah saya ini boleh bersalin normal. Saya teringin hendak bersalin normal di hospital swasta. Terima kasih. "


Dr Zubaidi Hj Ahmad

Wa alaikum mus salam.


Menyusukan anak ketika hamil tidak berbahaya kehamilan sekarang. Puan boleh meneruskan kehamilan dan penyusuan untuk anak pertama tanpa masalah.


Untuk mempercepatkan kesembuhan rahim dan faraj dalam masa hamil, saya mencadangkan puan menjaga pemakanan dengan melebihikan protein dan vitamin secara semulajadi dari daging dan sayura-sayuran. Ketika hamil, selalu cuba elakkan suplemen yang tidak diketahui keselamatan, bimbang berlaku keguguran akibat pengawet yang dimasukkan untuk mengekal mutu agar ia tahan lama. Namun jika puan ingin mendapatkan khasiat dari ikan haruan, saya menasihatkan puan membeli dan memasak sendiri ikan itu, kerana ia lebih selamat.

Sup ikan haruan


Sumber protein

Puan boleh melahirkan secara normal jika kelahiran pertama dulu disebabkan oleh masalah jalan peranakan puan yang sempit. Hal ini harus disahkan oleh doctor yang merawat.


Kecedereaan rahim dan faraj boleh dirawat dengan Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) selepas melahirkan anak.

Sumber: Dr Zubaidi Haji Ahmad

Klik link dibawah untuk terus ke page Ekstrak Kacip Fatimah 

 EKSTRAK KACIP FATIMAH UTMEKSTRAK KACIP FATIMAH


NOTICE: NOTA INI DIAMBIL ATAS KEBENARAN drzubaidi.com ANDA JUGA TIDAK DIBENARKAN ULANG SIAR ATAU DIKONGSIKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL DAN PERNIAGAAN

Link berkaitan:

Sabtu, 7 Februari 2015

TIPS PENYEMBUHAN DAN PENJAGAAN EPISIOTOMY ATAU LUKA SELEPAS MELAHIRKAN ANAK








Rata-rata ibu yang pertama kali melahirkan anak secara normal pasti berhadapan dengan kesakitan atau tidak selesa pada bahagian jahitan atau Eposiotomy, pada ketika ini kesabaran amat diperlukan dalam menghadapi hari berpantang.. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana ketidakselesaan ibu yang baru melahirkan ketika waktu menyusu, duduk, mandi, buang air dan banyak lagi dan paling tak tahan adalah masalah sembelit (berdasarkan pengalaman sendiri) tapi Alhamdulillah EKF banyak membantu sehingga saya mengambil keputusan untuk menjadi pengedar Ekstrak Kacip Fatimah sambil-sambil dapat consume untuk diri sendiri. Ok jom kita tengok tips-tips penjagaan luka selepas bersalin.. penting ye ibu-ibu dan juga bapa-bapa sekalian!
















TIPS PENJAGAAN
1. Menjaga jahitan supaya betul-betul bersih bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka.
2. Mandi sekurang-kurangnya satu kali sehari walaupun badan rasa lemah. Minta pertolongan ahli keluarga jika tidak takut bergerak.
3.Tukarlah tuala wanita secara kerap dan cuci tangan sebelum dan selepas menukarkannya.
4. lakukan senaman lantai pelvis dengan mengemut selama 5-10 saat dan lepaskan. Ia mempercepatkan proses pemulihan pada bahagian faraj.
5. Pastikan jahitan terdedah pada udara agar ia kering. Tanggalkan seluar dalam atau sarung, dan rehat di atas katil di atas sehelai tuala lama selama lebih-kurang 10 minit, satu atau dua kali sehari.
6. Minum banyak air. Makan makanan yang kaya serat bagi mengelakkan sembelit.




7. Jika mengalami koyakan yang besar pada faraj (darjah ketiga atau keempat), boleh ambil antibiotik yang selamat semasa menyusukan anak sekurang-kurangnya selama lima hari untuk mencegah jangkitan kuman. Cara lain ialah merendam dalam besen yang mengandungi air yang dicampurkan antiseptik. Atau jika tidak sempat, sapukan antiseptik pada bahagian luka.

antibiotik



8. Boleh amalkan suplemen seperti Ekstrak Kacip Fatimah, vitamin C dan E untuk mempercepatkan kesembuhan pada faraj dan rahem.(Anda boleh pilih mana2 brand di pasaran)



Dalam ketika ini juga pentingnya persefahaman encik suami dalam menguruskan hal keluarga .. Kalau anda lelaki silalah sayangi isteri anda dan pastikan tips-tips diatas diaplikasikan oleh isteri anda.. Bagi ibu-ibu anda perlu arlet dan pastikan diri anda bersih dan sihat kerana selepas ini ibu-ibu perlu sihat dan kuat untuk menjaga anak yang semakin membesar.. Macam saya sendiri, walaupun anak baru seorang tapi memerlukan ketangkasan dan kehebatan sebagai seorang ibu untuk mengawal keaktifan anak yang tak dapat dibendung.. ehh.. nasib baik ada Ekstrak Kacip Fatimah, stamina kuat dan tubuh badan cergas setiap hari Alhamdulillah.

Sumber rujukan: Dr Zubaidi Haji Ahmad

Khamis, 5 Februari 2015

SUPPLEMENT TERBAIK MERAWAT MASALAH KITARAN HAID TIDAK MENENTU #testimonial

Boleh dikatakan hampir 70% pelanggan yang hubungi saya dan berkongsikan masalah mereka yang rata-ratanya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu dan hari ini saya ingin berkongsikan mengenai masalah yang sering menghantui wanita terutama yang belum berkahwin dan yang ingin mendapatkan zuriat kerana kestabilan haid adalah penting untuk merancang kehamilan. Sebenarnya tidak semua wanita mempunyai kitaran haid yang stabil, ada yang mengalami haid 3bulan sekali dan penah juga saya temui pelanggan yang mengalami haid hanya setahun sekali dan mencuba pelbagai usaha untuk menstabilkan haidnya.

Salah satu daripada punca kitaran haid yang tidak teratur ialah ketidakstabilan hormon di dalam badan yang akan mengeluarkan hormon stress lalu menganggu ovulasi dan seterusnya mengganggu kitaran haid anda

Ingin saya tekankan di sini, kestabilan haid adalah bergantung kepada kestabilan hormon

Dalam aspek kesuburan puan-puan perlu tahu 2 perkara penting
  • Tidak semua pendarahan haid mengalami Ovulasi 
  • Tidak semua wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur tidak mengalami ovulasi (Oligovulasi- bermaksud kitaran tidak teratur tetapi masih mengalami ovulasi)SILA RUJUK DI SINI 
Sebenarnya wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil dengan spontan tanpa bantuan perubatan.


RAWATAN KESUBURAN
Rawatan kesuburan harus dilakukan setelah pasangan menjalankan beberapa siasatan perubatan tertentu iaitu:
  • HSA (husband seminal analysis): analisis air mani suami - melihat kualiti dan kuantiti sperma suami secara mikroskopik
  • Ujian hormon wanita - FSH (follicle stimulating hormone), LH (luthenising hormone) dan Prolaktin. Keseimbangan hormon FSH:LH menunjukkan sama ada terdapat rangsangan atau tiada ovulasi terhadap ovari. Tahap Prolaktin tinggi menandakan rangsangan daripada kelenjar pituitari yang boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
  • Ujian hormon progresteron ini akan dirembeskan pada hari ke 21 yang menandakan sama ada wanita telah mengeluarkan telur.
  • Adakala dilakukan juga ujian hormon tiroid, MGTT (mod glucose tolerance test) untuk memastikan tiada masalah tiroid atau kencing manis.

PENYELESAIAN MASALAH OVULASI
Biasanya jalan penyelesaian yang biasa Dr akan gunakan kaedah clomoid , tetapi perlu diingatkan bahawa clomoid bukanlah ubat ajaib untuk masalah kesuburan (sila rujuk sini) kerana ia hanya sesuai untuk wanita yang mengalami masalah Anovulasi sahaja dan bertindak dengan merangsang ovari mematangkan telur. Secara kesimpulannya clomoid tidak bertindak merawat masalah kesuburan, kerana ia hanya menyelesaikan untuk jangkamasa pendek...

Oleh itu, dinasihatkan wanita yang baru berumahtangga supaya mencuba secara biasa terlebih dulu untuk hamil. Jika terdapat tanda-tanda awal mengandung seperti mual, muntah, kesakitan pada payu dara, berjumpalah doktor untuk ujian air kencing menentukan hamil (UPT - urine pregnancy test) dan imbasan ultrasound.

Untuk pengetahuan semua Ekstrak Kacip Fatimah adalah supplement terbaik untuk merawat masalah ketidakseimbangan hormon juga bertindak merangsang kematangan telur pada ovari. Jadi tidak salah sekiranya puan-puan mencuba secara alternatif sebagai salah satu ikhtiar.. 


HAMIL DENGAN PENGGUNAAN EKSTRAK KACIP FATIMAH



Bagaimana EKF dapat membantu untuk hamil? 1 kapsul kacip fatimah mengandungi phytoestrogen daripada tumbuhan Kacip Fatimah dan membantu merangsang pengeluaran dan menstabilkan hormon progesterone dlm tubuh wanita. Apabila hormon stabil, secara tidaklangsung pusingan haid akan stabil dan memudahkan untuk merancang kehamilan pada waktu ovulasi.. dlm msa yg sama EKF membantu memulihkan, dan merawat struktur rahim.. Apabila hormon stabil dan tiada masalah pada rahim, peluang utk hamil tinggi..
ingat! tiada capsul yg dicipta utk mempercepatkan kehamilan tetapi anda perlu berusaha merawat dan memulihkannya terlebih dahulu melalui usaha merawat msalah dalaman anda.. Seterusnya doa dan tawakal kpd Allah.. 

Selasa, 3 Februari 2015

STORE PENYIMPANAN PRODUK ONLINE SAYA

Entry ni saya nak luangkan 1 post untuk pembeli online saya, macam mana saya simpan stok sebab baru2 ni lepas banjir ada pelanggan saya bertanya bagaimana kualiti produk2 UTM  yang ada pada saya? adakah terdedah dengan banjir?..hew..hew..

Untuk pengetahuan semua saya tinggal di Bachok dan alhamdulillah Bachok terhindar dari banjir, kualiti barangan saya juga terjaga jadi jangan risau ye..

Saya beli cabinet ini di Lazada hanya RM 88 sekali postage hanya untuk mengisi produk2 jualan saya tapi rasanya masih xmuat pulak.. next time saya nak order yang lebar pula..hmm




Umma Lacto, Ekstrak Kacip Fatimah dan Ekstrak Tongkat Ali 


Zoom..zoom EKF
Opss! pecah rahsia gift utk pelanggan saya..


Serum Vitamin C dan Wisderm

Untuk masa akan datang saya nak sediakan bilik khas memandangkan .........

PA saya dah semakin membesar...