RECENT POST

Khamis, 3 Disember 2015

Simptom-simptom dan cara mengelakkan masalah Cyst atau Fibroid


Assalamualaikum.. hari ni saya nak bercerita mengenai masalah yang sering menghantui wanita yang sudah berkahwin mahupun belum berkahwin. Amat perlu bagi kakak-kakak dan adik-adik untuk mengetahui perubahan pada diri, namun tidak semua masalah ini kita dapat mengesan dari awal. Baca, faham dan lakukan tindakan dari sekarang!

Apa itu cyst?
Cyst ni secara mudah fahamnya, ia macam jerawat dalam badan kita. Ia boleh jadi kepada orang lelaki dan orang perempuan dan di mana- mana bahagian badan. Tapi ia boleh membesar dan mengganggu sistem tubuh.Jadi cyst bukan setakat boleh jadi di ovari, tapi juga pada paru-paru, buah pinggang dan pankreas.Tapi hari ni saya akan kongsikan mengenai cyst pada sistem peranakan wanita, iaitu ovarian cyst.

Apa itu Fibroid?
Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan ketumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. 

Ovarian Cyst
Ovarian cyst adalah kantung yg mengandungi cecair dan berada di dalam kilang ovari. Cyst adalah sejenis tumbuhan (maksudnya ia mengalami pertumbuhan dan semakin membesar) dan boleh mengandungi cecair/fluids, sama ada air, cecair becampur protin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak atau lendir. Ia juga boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang dll

Jenis-jenis ovarian cyst
Uterine Fibroid
Tidak semua wanita yg ada masalah fibroid mengalami sebarang simptom-simptom yg menandakan mereka ada fibroid. Berdasarkan kajian, 20-50% wanita dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor akibat tidak mengalami sebarang simptom. Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
Fibroid

Perbezaan Cyst dan Fibroid secara fizikal
Ovarian cyst dan fibroid ni kedua-duanya sama iaitu sejenis ketumbuhan. Bezanya, fibroid ni terdiri dari tisu yang padat dan hanya berada pada rahim. Tapi ovarian cyst terdiri dari cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Estrogen Yang Berlebihan (Estrogen Dominance)
Ini kerana, pertumbuhan fibroid dan cyst bergantung pada estrogen. Anda lebih berisiko untuk mendapat fibroid atau cyst jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang.
Keadaan hormon tidak seimbang ini biasa terjadi terhadap mereka yg mengalami masalah PCOS dan Endometriosis yang boleh menyebabkan ketidaksuburan atau infertiliti.
Pil perancang atau contraceptive juga boleh menjadi punca kepada fibroid atau cyst kerana ia boleh mengakibat keadaan hormon estrogen yg tidak seimbang.

2. Badan mengandungi Xenoestrogen yang tinggi
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang bermaksud ia boleh berada dalam persekitaran termasuk makanan, air, bahan kimia dari industri ataupun produk penjagaan kecantikan.Walaupun ia bukan estrogen sebenar, ia masih boleh menganggu mahupun merangsang fungsi estrogen dalam tubuh kita.
Xenoestrogen boleh berada dalam phthalates (bahan dlm plastic atau getah), racun serangga (pesticides), tembakau dan banyak lagi.

3. Berat badan berlebihan/obesiti
Bila berat badan berlebihan maknanya tubuh kita ada lemak berlebihan Sel lemak juga berupaya menghasilkan sejenis estrogen dengan bantuan enzim iaitu estrone. Lebih-lebih lagi bila berat badan berlebihan, maka lagi banyak sel lemak yg berupaya menghasilkan estrone. Estrone ini yang digelar "bad estrogen", juga dikatakan punca kanser. Estrone adalah satu-satunya hormon estrogen yang ada setelah menopaus. Selain daripada itu, lemak juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

4. Genetik/Keturunan
Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Simptom fibroid /cyst
- masalah kesuburan
- kerap rasa ingin terkencing/tidak boleh mengawal pundi kencing
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut kembung/membuncit
- pendarahan abnormal


Cadangan bagi mengelakkan fibroid - Dr Hamid Arshat

1. Jika ada ahli keluarga yg ada penyakit ini, perlu ambil langkah berjaga-jaga dari awal. Genetik memang memainkan peranan dalam kesemua jenis penyakit khususnya tumbuhan, kanser , diabetes, darah tinggi dan lain2.

2. Kawal paras hormon estrogen

3. Kawal pengambilan makanan yg mengandungi gula , minyak dan lemak berlebihan kerana ia dapat merangsang penghasilan estrogen.
Ambil makanan yang mengandungi natural progesterone diantaranya ialah keladi liar dan keledek merah dan unggu. Makanlah dalam 2-3 kali seminggu sebagai gantian nasi.

4. Jauhkan minum airdalam bekas plastik kerana ia mengandungi phatalates yg boleh menghasilkan xenoestrogen. Jangan panaskan makanan atau air dalam bekas plastik didalam mikrowave.
Kurangkan juga pengambilan makanan dalam tin.

5. Jauhi penggunaan insecticide, herbicide dalam rumah atau dihalaman rumah. Cuba guna bahan organik untuk tujuan tanam sayuran. Begitu juga produk penjagaan diri, bahan pencuci dapur dan rumah, sebaiknya diubah kepada yang organik.

6. Amalkan pengambilan daging haiwan organik, ini lebih selamat untuk penghidap fibroid, dan endometriosis.

7. Jauhi produk yg mengandungi paraben. Cari yg menggunakan minyak sayur sebagai pengawet.



BAGAIMANAKAH EKSTRAK KACIP FATIMAH BERFUNGSI MENGHALANG FIBROID DAN CYST DARI BERSARANG DALAM RAHIM WANITA?


Melalui point2 diatas jelas menunjukkan bahawa KANDUNGAN HORMON ESTROGEN yang tinggi dan KEKURANGAN HORMON PROGESTERONE dalam erti kata lain KETIDAKSEIMBANGAN HORMON, menjadi punca berlakunya pertumbuhan fibroid dan cyst dalam rahim wanita

Manakala Ekstrak Kacip Fatimah mengandungi hormon progesterone yang amat diperlukan bagi wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon atau tahap hormon progesteronenya rendah. Ia mengandungi kandungan hormon progesterone daripada tumbuhan Kacip Fatimah itu sendiri.

ADAKAH KANDUNGAN HORMON PROGESTERONE DALAM TUMBUHAN KACIP FATIMAH SELAMAT DIGUNAKAN OLEH WANITA?
Ya, kerana ianya asli daripada tumbuhan semulajadi yang di ekstrak kepada bentuk serbuk dan mengikut sukatan dose yang diperlukan oleh wanita berdasarkan sukatan berat badan, Ia juga bukan sejenis hormon sintetik yang biasa dijumpai di dalam clomoid atau ubat hormon seperti yang dibekalkan oleh mana2 hospital.

Untuk dapatkan Ekstrak Kacip Fatimah:
Whatsapp: 016.776.1180





Link-link berkaitan