Khamis, 22 Oktober 2015

TIPS MUDAH BERSALIN

Entri kali ini saya nak kongsikan beberapa tips untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan zuriat. Ramai wanita yang hamil inginkan proses kelahiran berjalan dengan cepat dan selamat, kalau boleh nak elak dari proses induksi yang lebih menyakitkan dari kelahiran biasa. Namun anda perlu tahu perasaan takut boleh membuatkan hormon yang membantu proses kelahiran menjadi tidak menentu.

Ada banyak perkara yang dapat membantu memudahkan proses kelahiran:-

1. PEMAKANAN SUNNAH
Saya faham ramai ibu-ibu di luar sana sukar untuk mengamalkan kesemua jenis makanan sunnah, selain harganya yang mungkin agak mahal seperti zafran ibu-ibu juga mungkin mempunyai kesukaran untuk mendisiplinkan diri mengambil kesemua jenis makanan yang disarankan, namun sekurang-kurang ambillah makanan sunnah yang mudah didapati, anda tidak perlu memaksa diri untuk mencari kesemuanya.



Disini saya syorkan ibu-ibu memadai mengamalkan kurma dan air zam-zam. Kurma adalah sejenia buah yang memberikan tenaga segera, ia cepat diproses dan diserap selain mengandungi karbohidrat, kurma juga terdiri daripada serat dan potassium. Buah kurma juga dapat memudahkan proses bersalin dan muengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Makanlah buah kurma sebanyak yang boleh sementara menunggu untuk masuk ke bilik bersalin dan minumlah air zam zam sebagai penghilang dahaga.Amalan ini dipercayai dapat mengelakkan bayi jaundice, selain memudahkan proses bersalin.


2. BACA AL-QURAN SEPANJANG KEHAMILAN
Sepanjang tempoh kehamilan, rajinkan diri membaca Al-Quran atau surah-surah yang disarankan bagi ibu mengandung, namun seelok-eloknya khatamlah Al-Quran sepanjang kehamilan pahala pun lebih InsyAllah.. 

Ibu-ibu jangan lupa amalkan membaca surah Maryam terutama apabila melangkah  trimester terakhir kehamilan dan sunat lakukan sujud sajadah/tilawah ketika sampai di ayat sajadah (ayat ke58 surah Maryam). 



3. SENAMAN YANG SESUAI
Senaman ibu mengandung bukanlah bertujuan untuk membakar kalori semata-mata. Tetapi banyak manfaat lain yang tidak kurang pentingnya, namun pastikan senaman yang anda lakukan bersesuaian dengan trimester kandungan anda dan jangan terlalu memaksa diri bersenam, lakukan mengikut kemampuan diri.
Antara manfaat bersenam bagi ibu mengandung:
  • Melonggarkan sendi-sendi untuk memudahkan proses bersalin 
  • Menguatkan otot 
  • Menggalakkan jantung mengepam darah 
  • Mengawal pertambahan berat badan 
  • Memudahkan anda kembali ke bentuk badan asal selepas bersalin 


senaman-untuk-ibu-hamil




4. MINYAK KELAPA DARA
Minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (Virgin Coconut Oil) adalah salah satu petua bagi membantu proses bersalin. Ia juga merupakan antibakteria yang boleh melawan jangkitan. Minyak kelapa dara boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul. Ada juga yang mengambil langkah dengan menyapu minyak kelapa dara di bahagian perineum untuk mengelakkan koyakan semasa bersalin dan juga menyapu di bahagian perut bagi mengelakkan stretch mark. Pengambilan minyak kelapa dara sepanjang kehamilan dipercayai akan menunjukkan kesan yang menakjubkan.





5. EKSTRAK KACIP FATIMAH
Ya Ekstrak Kacip Fatimah juga adalah salah satu ikhtiar bagi mempercepatkan proses kelahiran. Amalkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah pada minggu ke-38 kehamilan, tujuannya adalah untuk memberikan rangsangan pengecutan pada rahim bagi merangsang bukaan pada pangkal rahim (sila rujuk sumber Dr Zubaidi)

Kenapa Ekstrak Kacip fatimah diambil pada minggu ke-38 kehamilan?
Kerana janin sudah cukup matang dengan sempurna dan bersedia untuk dilahirkan pada usia kandungan 38 minggu.


6. KAWAL EMOSI
Otak merupakan organ penting dalam mengawal emosi individu, malahan tahap kesakitan akan berkurangan sekiranya kita berjaya mengawal emosi. Jangan hanya fikirkan kesakitan yang kita bakal tempuh saat di labour room, fikirkan yang kita bakal berjumpa dengan cahayamata yang dikandung selama 9bulan. Sokongan ahli keluarga terdekat juga penting bagi menemani proses kelahiran bagi mengelakkan tekanan bagi mengatasi perasaan takut.


7. BERDOA DAN SOLAT SUNAT
Rajin-rajinkan diri melakukan solat-solat sunat seperti solat dhuha Ketika contraction datang tarik nafas dan hembus perlahan dan sambil mengucapkan zikir nabi yunus, pejam mata dan ingat kebesaran Allah SWT.





Link berkaitan:
  • Tips memudahkan proses bersalin
  • Bersalin dengan mudah
  • Tips kurangkan rasa sakit ketika contraction
  • Tips kurangkan rasa sakit ketika bersalin