Isnin, 2 Mac 2015

PUNCA SALURAN FALLOPIAN TERSUMBAT

NOTICE: NOTA INI DIAMBIL ATAS KEBENARAN drzubaidi.com ANDA TIDAK DIBENARKAN ULANG SIAR ATAU DIKONGSIKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL DAN PERNIAGAAN


Dua punca utama berlakunya sumbatan saluran fallopian.

Punca utama ialah jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas.

Jangkitan ini lebih sering berlaku pada wanita berbadan besar, pesakit kencing manis, wanita yang memakai alat IUD, wanita yang lepas keguguran atau pesakit yang mengalami daya ketahanan tubuh yang rendah seperti pesakit autoimmune atau kanser.

Tanda-tanda jangkitan pada rahem dan organ reproduktif ialah keluaran keputihan yang berwarna kuning atau hijau dan berbau, serta merasa gatal.

Kuman akan naik kedalam rahim dan terus masuk saluran fallopian dan menyebabkan sumbatan.

Punca kedua ialah penyakit endometriosis, yang disebabkan darah haid yang masuk semula ke dalam rahem dan melalui saluran fallopian pergi ke belakang rahim.

Darah haid yang mengandungi darah tisu endometrium, toksin dan kuman2 menyebabkan reaksi radangan yang teruk sehingga menyebabkan kerosakan saluran fallopian yang akhirnya jadi tersumbat.

Pada peringkat awal sumbatan, Ektrak Kacip Fatimah dapat membantu membuka semula sumbatan ini.

Tetapi jika ia sudah berlaku lama melebihi setahun, agak sukar untuk menyembuhkannya dan doctor selalu mencadangkan pembedahan untuk membuka sumbatan itu.

Wallahu a’lam.



Link berkaitan: