RECENT POST

Sabtu, 7 Februari 2015

TIPS PENYEMBUHAN DAN PENJAGAAN EPISIOTOMY ATAU LUKA SELEPAS MELAHIRKAN ANAK








Rata-rata ibu yang pertama kali melahirkan anak secara normal pasti berhadapan dengan kesakitan atau tidak selesa pada bahagian jahitan atau Eposiotomy, pada ketika ini kesabaran amat diperlukan dalam menghadapi hari berpantang.. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana ketidakselesaan ibu yang baru melahirkan ketika waktu menyusu, duduk, mandi, buang air dan banyak lagi dan paling tak tahan adalah masalah sembelit (berdasarkan pengalaman sendiri) tapi Alhamdulillah EKF banyak membantu sehingga saya mengambil keputusan untuk menjadi pengedar Ekstrak Kacip Fatimah sambil-sambil dapat consume untuk diri sendiri. Ok jom kita tengok tips-tips penjagaan luka selepas bersalin.. penting ye ibu-ibu dan juga bapa-bapa sekalian!
















TIPS PENJAGAAN
1. Menjaga jahitan supaya betul-betul bersih bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka.
2. Mandi sekurang-kurangnya satu kali sehari walaupun badan rasa lemah. Minta pertolongan ahli keluarga jika tidak takut bergerak.
3.Tukarlah tuala wanita secara kerap dan cuci tangan sebelum dan selepas menukarkannya.
4. lakukan senaman lantai pelvis dengan mengemut selama 5-10 saat dan lepaskan. Ia mempercepatkan proses pemulihan pada bahagian faraj.
5. Pastikan jahitan terdedah pada udara agar ia kering. Tanggalkan seluar dalam atau sarung, dan rehat di atas katil di atas sehelai tuala lama selama lebih-kurang 10 minit, satu atau dua kali sehari.
6. Minum banyak air. Makan makanan yang kaya serat bagi mengelakkan sembelit.




7. Jika mengalami koyakan yang besar pada faraj (darjah ketiga atau keempat), boleh ambil antibiotik yang selamat semasa menyusukan anak sekurang-kurangnya selama lima hari untuk mencegah jangkitan kuman. Cara lain ialah merendam dalam besen yang mengandungi air yang dicampurkan antiseptik. Atau jika tidak sempat, sapukan antiseptik pada bahagian luka.

antibiotik



8. Boleh amalkan suplemen seperti Ekstrak Kacip Fatimah, vitamin C dan E untuk mempercepatkan kesembuhan pada faraj dan rahem.(Anda boleh pilih mana2 brand di pasaran)



Dalam ketika ini juga pentingnya persefahaman encik suami dalam menguruskan hal keluarga .. Kalau anda lelaki silalah sayangi isteri anda dan pastikan tips-tips diatas diaplikasikan oleh isteri anda.. Bagi ibu-ibu anda perlu arlet dan pastikan diri anda bersih dan sihat kerana selepas ini ibu-ibu perlu sihat dan kuat untuk menjaga anak yang semakin membesar.. Macam saya sendiri, walaupun anak baru seorang tapi memerlukan ketangkasan dan kehebatan sebagai seorang ibu untuk mengawal keaktifan anak yang tak dapat dibendung.. ehh.. nasib baik ada Ekstrak Kacip Fatimah, stamina kuat dan tubuh badan cergas setiap hari Alhamdulillah.

Sumber rujukan: Dr Zubaidi Haji Ahmad