RECENT POST

Khamis, 5 Februari 2015

SUPPLEMENT TERBAIK MERAWAT MASALAH KITARAN HAID TIDAK MENENTU #testimonial

Boleh dikatakan hampir 70% pelanggan yang hubungi saya dan berkongsikan masalah mereka yang rata-ratanya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu dan hari ini saya ingin berkongsikan mengenai masalah yang sering menghantui wanita terutama yang belum berkahwin dan yang ingin mendapatkan zuriat kerana kestabilan haid adalah penting untuk merancang kehamilan. Sebenarnya tidak semua wanita mempunyai kitaran haid yang stabil, ada yang mengalami haid 3bulan sekali dan penah juga saya temui pelanggan yang mengalami haid hanya setahun sekali dan mencuba pelbagai usaha untuk menstabilkan haidnya.

Salah satu daripada punca kitaran haid yang tidak teratur ialah ketidakstabilan hormon di dalam badan yang akan mengeluarkan hormon stress lalu menganggu ovulasi dan seterusnya mengganggu kitaran haid anda

Ingin saya tekankan di sini, kestabilan haid adalah bergantung kepada kestabilan hormon

Dalam aspek kesuburan puan-puan perlu tahu 2 perkara penting
  • Tidak semua pendarahan haid mengalami Ovulasi 
  • Tidak semua wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur tidak mengalami ovulasi (Oligovulasi- bermaksud kitaran tidak teratur tetapi masih mengalami ovulasi)SILA RUJUK DI SINI 
Sebenarnya wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil dengan spontan tanpa bantuan perubatan.


RAWATAN KESUBURAN
Rawatan kesuburan harus dilakukan setelah pasangan menjalankan beberapa siasatan perubatan tertentu iaitu:
  • HSA (husband seminal analysis): analisis air mani suami - melihat kualiti dan kuantiti sperma suami secara mikroskopik
  • Ujian hormon wanita - FSH (follicle stimulating hormone), LH (luthenising hormone) dan Prolaktin. Keseimbangan hormon FSH:LH menunjukkan sama ada terdapat rangsangan atau tiada ovulasi terhadap ovari. Tahap Prolaktin tinggi menandakan rangsangan daripada kelenjar pituitari yang boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
  • Ujian hormon progresteron ini akan dirembeskan pada hari ke 21 yang menandakan sama ada wanita telah mengeluarkan telur.
  • Adakala dilakukan juga ujian hormon tiroid, MGTT (mod glucose tolerance test) untuk memastikan tiada masalah tiroid atau kencing manis.

PENYELESAIAN MASALAH OVULASI
Biasanya jalan penyelesaian yang biasa Dr akan gunakan kaedah clomoid , tetapi perlu diingatkan bahawa clomoid bukanlah ubat ajaib untuk masalah kesuburan (sila rujuk sini) kerana ia hanya sesuai untuk wanita yang mengalami masalah Anovulasi sahaja dan bertindak dengan merangsang ovari mematangkan telur. Secara kesimpulannya clomoid tidak bertindak merawat masalah kesuburan, kerana ia hanya menyelesaikan untuk jangkamasa pendek...

Oleh itu, dinasihatkan wanita yang baru berumahtangga supaya mencuba secara biasa terlebih dulu untuk hamil. Jika terdapat tanda-tanda awal mengandung seperti mual, muntah, kesakitan pada payu dara, berjumpalah doktor untuk ujian air kencing menentukan hamil (UPT - urine pregnancy test) dan imbasan ultrasound.

Untuk pengetahuan semua Ekstrak Kacip Fatimah adalah supplement terbaik untuk merawat masalah ketidakseimbangan hormon juga bertindak merangsang kematangan telur pada ovari. Jadi tidak salah sekiranya puan-puan mencuba secara alternatif sebagai salah satu ikhtiar.. 


HAMIL DENGAN PENGGUNAAN EKSTRAK KACIP FATIMAH



Bagaimana EKF dapat membantu untuk hamil? 1 kapsul kacip fatimah mengandungi phytoestrogen daripada tumbuhan Kacip Fatimah dan membantu merangsang pengeluaran dan menstabilkan hormon progesterone dlm tubuh wanita. Apabila hormon stabil, secara tidaklangsung pusingan haid akan stabil dan memudahkan untuk merancang kehamilan pada waktu ovulasi.. dlm msa yg sama EKF membantu memulihkan, dan merawat struktur rahim.. Apabila hormon stabil dan tiada masalah pada rahim, peluang utk hamil tinggi..
ingat! tiada capsul yg dicipta utk mempercepatkan kehamilan tetapi anda perlu berusaha merawat dan memulihkannya terlebih dahulu melalui usaha merawat msalah dalaman anda.. Seterusnya doa dan tawakal kpd Allah..