RECENT POST

Selasa, 17 Februari 2015

PENDARAHAN YANG BANYAK KETIKA HAID

NOTICE: NOTA INI DIAMBIL ATAS KEBENARAN drzubaidi.com ANDA TIDAK DIBENARKAN ULANG SIAR ATAU DIKONGSIKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL DAN PERNIAGAAN

“Salam doktor. Saya berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami senggugut yang kuat dan selalunya disertai dengan pendarahan haid yang banyak dan panjang semenjak belajar di universiti. Ini menyebabkan kitaran haid saya tidak terartur. Saya menukarkan sekurang-kurangnya 10 tuala wanita sehari dalam hari pertama.

Baru-baru ini saya mengalami rasa mudah letih, cepat penat dan semput apabila menaiki tangga di tempat kerja. Rakan-rakan saya mengatakan mungkin ada gangguan jin kerana kitaran haid saya tidak teratur. Mohon penenrangan”



Wa alaikum mus salam.

Saya bersimpati dengan masalah yang saudari alami. Malangnya saya tidak dapat memberikan komen mengenai gangguan jin kerana saya bukanlah orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai jin.

Mengenai kitaran haid puan yang banyak dan panjang, selalunya lebih disebabkan oleh masalah hormone yang tidak seimbang. Jika masalah ini tidak dirawat dari peringkat awal, maka keadaan saudari akan bertambah teruk.

Masalah haid yang berpanjangan turut akan membimbangkan saudari, kerana ia mungkin menyebabkan saudari merasa ragu-ragu status darah itu apabila mahu melakukan solat dengan sempurna.

Kebiasaannya bilangan hari keluar haid yang normal adalah sekitar 7 hari. Kadang kala ia berlangsung selama sehingga 15 hari.

Jika pendarahan haid keluar melebihi 15 hari, ia dikatakan sebagai darah istihadah atau dah penyakit (darah yang tidak normal).

Kuantiti darah yang turun semasa haid biasanya sekitar 30 cc dalam setiap kitaran haid. Jika pendarahan yang banyak berlaku melebihi 80cc, ia disebut sebagai “menorrhagia”dalam bahasa perubatan.

Kehilangan darah haid juga lebih dari 80cc setiap bulan akan mengalami masalah anemia yang kronik.

Anemia yang kronik akan menyebabkan rutin kehidupan seseorang wanita itu terganggu. Beliau berwajah pucat dan lesu, kepenatan, mudah sesak nafas dan tidak dapat focus terhadap pekerjaannya di tempat kerja.

Bagi mereka yang mengalami masalah kitaran haid yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone, saya mencadangkan mengambil suplemen Ekstrak Kacip Fatimah.

Selain dari masalah ketidak seimbangan hormone, masalah pendarahan yang banyak ketika haid boleh disebabkan oleh:
  1. Polip pangkal rahim atau di dalam rahim atau di dalam rahim
  2. Endometriosis
  3. Fibroid
  4. Kekurangan atau berlebihan hormon tiroid 
  5. Cystic glandular hyperplasia
  6. Penyakit radang pelvis (PID) yang kronik
  7. Sindrom Polycystik ovari (PCOS)

Jika ini berlaku,maka langkah yang terbaik sekali adalah dengan melakukan pemeriksaan untuk mengdiagnosa masalah sebenar di hospital/klinik berhampiran,dikhuatiri ianya adalah apa yang disebut sebagai MENORRHAGIA.

Rawatan untuk masalah menorrhagia selalunya tidak sama antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain kerana ia bergantung kepada punca, umur dan keadaan pesakit. Maka berbincang dengan doktor ginekologi bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dan terbaik amat disarankan.

Wallahu a’lam.

by: Dr Zubaidi Hj Ahmad





Link berkaitan: