Isnin, 16 Februari 2015

Keperibadian Tok Guru Nik Aziz dikagumi oleh masyarakat bukan islam

Dah dua hari pemergian TGNA, sebagai individu yang sudah 2 tahun bermastautin di kelantan, saya terasa ralat kerana tidak berkesempatan untuk mendengar kuliah beliau di dataran ilmu Kota Bharu pada setiap pagu jumaat dan tidak pernah berjumpa secara dekat dengan pemimpin yang disayangi ramai ini. Kuliah terakhir beliau adalah pada bulan oktober tahun lalu, namun apakan daya ajal maut jodoh pertemuan Allah sudah tetapkan, hanya kata-kata azimat beliau masih saya hayati dan pelajari untuk pedoman.. 

Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan:
•Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
•40% dari gaji beliau digunakan untuk kebajikan di Kelantan.
•Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal.
•Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau.
•Dia seorang yang warak dan zuhud.
•Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil.
•Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi.

Tok Guru Nik Aziz merupakan seorang tokoh pemimpin yang sangat dikagumi atas keperibadian beliau yang tidak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dengan kemewahan dan keistimewaan yang sepatutnya dia terima seperti Menteri Besar yang lain. 

Kehidupannya yang biasa-biasa sahaja menyebabkan ramai masyarakat bukan islam mengkagumi dan menghormati beliau biarpun berbeza agama dan budaya... Tak percaya tengoklah screen shoot ini....







P1260347
Kediaman Tok Guru Nik Aziz Nik Mat