Khamis, 3 Disember 2015

Simptom-simptom dan cara mengelakkan masalah Cyst atau Fibroid


Assalamualaikum.. hari ni saya nak bercerita mengenai masalah yang sering menghantui wanita yang sudah berkahwin mahupun belum berkahwin. Amat perlu bagi kakak-kakak dan adik-adik untuk mengetahui perubahan pada diri, namun tidak semua masalah ini kita dapat mengesan dari awal. Baca, faham dan lakukan tindakan dari sekarang!

Apa itu cyst?
Cyst ni secara mudah fahamnya, ia macam jerawat dalam badan kita. Ia boleh jadi kepada orang lelaki dan orang perempuan dan di mana- mana bahagian badan. Tapi ia boleh membesar dan mengganggu sistem tubuh.Jadi cyst bukan setakat boleh jadi di ovari, tapi juga pada paru-paru, buah pinggang dan pankreas.Tapi hari ni saya akan kongsikan mengenai cyst pada sistem peranakan wanita, iaitu ovarian cyst.

Apa itu Fibroid?
Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan ketumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. 

Ovarian Cyst
Ovarian cyst adalah kantung yg mengandungi cecair dan berada di dalam kilang ovari. Cyst adalah sejenis tumbuhan (maksudnya ia mengalami pertumbuhan dan semakin membesar) dan boleh mengandungi cecair/fluids, sama ada air, cecair becampur protin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak atau lendir. Ia juga boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang dll

Jenis-jenis ovarian cyst
Uterine Fibroid
Tidak semua wanita yg ada masalah fibroid mengalami sebarang simptom-simptom yg menandakan mereka ada fibroid. Berdasarkan kajian, 20-50% wanita dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor akibat tidak mengalami sebarang simptom. Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
Fibroid

Perbezaan Cyst dan Fibroid secara fizikal
Ovarian cyst dan fibroid ni kedua-duanya sama iaitu sejenis ketumbuhan. Bezanya, fibroid ni terdiri dari tisu yang padat dan hanya berada pada rahim. Tapi ovarian cyst terdiri dari cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Estrogen Yang Berlebihan (Estrogen Dominance)
Ini kerana, pertumbuhan fibroid dan cyst bergantung pada estrogen. Anda lebih berisiko untuk mendapat fibroid atau cyst jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang.
Keadaan hormon tidak seimbang ini biasa terjadi terhadap mereka yg mengalami masalah PCOS dan Endometriosis yang boleh menyebabkan ketidaksuburan atau infertiliti.
Pil perancang atau contraceptive juga boleh menjadi punca kepada fibroid atau cyst kerana ia boleh mengakibat keadaan hormon estrogen yg tidak seimbang.

2. Badan mengandungi Xenoestrogen yang tinggi
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang bermaksud ia boleh berada dalam persekitaran termasuk makanan, air, bahan kimia dari industri ataupun produk penjagaan kecantikan.Walaupun ia bukan estrogen sebenar, ia masih boleh menganggu mahupun merangsang fungsi estrogen dalam tubuh kita.
Xenoestrogen boleh berada dalam phthalates (bahan dlm plastic atau getah), racun serangga (pesticides), tembakau dan banyak lagi.

3. Berat badan berlebihan/obesiti
Bila berat badan berlebihan maknanya tubuh kita ada lemak berlebihan Sel lemak juga berupaya menghasilkan sejenis estrogen dengan bantuan enzim iaitu estrone. Lebih-lebih lagi bila berat badan berlebihan, maka lagi banyak sel lemak yg berupaya menghasilkan estrone. Estrone ini yang digelar "bad estrogen", juga dikatakan punca kanser. Estrone adalah satu-satunya hormon estrogen yang ada setelah menopaus. Selain daripada itu, lemak juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

4. Genetik/Keturunan
Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Simptom fibroid /cyst
- masalah kesuburan
- kerap rasa ingin terkencing/tidak boleh mengawal pundi kencing
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut kembung/membuncit
- pendarahan abnormal


Cadangan bagi mengelakkan fibroid - Dr Hamid Arshat

1. Jika ada ahli keluarga yg ada penyakit ini, perlu ambil langkah berjaga-jaga dari awal. Genetik memang memainkan peranan dalam kesemua jenis penyakit khususnya tumbuhan, kanser , diabetes, darah tinggi dan lain2.

2. Kawal paras hormon estrogen

3. Kawal pengambilan makanan yg mengandungi gula , minyak dan lemak berlebihan kerana ia dapat merangsang penghasilan estrogen.
Ambil makanan yang mengandungi natural progesterone diantaranya ialah keladi liar dan keledek merah dan unggu. Makanlah dalam 2-3 kali seminggu sebagai gantian nasi.

4. Jauhkan minum airdalam bekas plastik kerana ia mengandungi phatalates yg boleh menghasilkan xenoestrogen. Jangan panaskan makanan atau air dalam bekas plastik didalam mikrowave.
Kurangkan juga pengambilan makanan dalam tin.

5. Jauhi penggunaan insecticide, herbicide dalam rumah atau dihalaman rumah. Cuba guna bahan organik untuk tujuan tanam sayuran. Begitu juga produk penjagaan diri, bahan pencuci dapur dan rumah, sebaiknya diubah kepada yang organik.

6. Amalkan pengambilan daging haiwan organik, ini lebih selamat untuk penghidap fibroid, dan endometriosis.

7. Jauhi produk yg mengandungi paraben. Cari yg menggunakan minyak sayur sebagai pengawet.



BAGAIMANAKAH EKSTRAK KACIP FATIMAH BERFUNGSI MENGHALANG FIBROID DAN CYST DARI BERSARANG DALAM RAHIM WANITA?


Melalui point2 diatas jelas menunjukkan bahawa KANDUNGAN HORMON ESTROGEN yang tinggi dan KEKURANGAN HORMON PROGESTERONE dalam erti kata lain KETIDAKSEIMBANGAN HORMON, menjadi punca berlakunya pertumbuhan fibroid dan cyst dalam rahim wanita

Manakala Ekstrak Kacip Fatimah mengandungi hormon progesterone yang amat diperlukan bagi wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon atau tahap hormon progesteronenya rendah. Ia mengandungi kandungan hormon progesterone daripada tumbuhan Kacip Fatimah itu sendiri.

ADAKAH KANDUNGAN HORMON PROGESTERONE DALAM TUMBUHAN KACIP FATIMAH SELAMAT DIGUNAKAN OLEH WANITA?
Ya, kerana ianya asli daripada tumbuhan semulajadi yang di ekstrak kepada bentuk serbuk dan mengikut sukatan dose yang diperlukan oleh wanita berdasarkan sukatan berat badan, Ia juga bukan sejenis hormon sintetik yang biasa dijumpai di dalam clomoid atau ubat hormon seperti yang dibekalkan oleh mana2 hospital.

Untuk dapatkan Ekstrak Kacip Fatimah:
Whatsapp: 016.776.1180





Link-link berkaitan




Khamis, 22 Oktober 2015

TIPS MUDAH BERSALIN

Entri kali ini saya nak kongsikan beberapa tips untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan zuriat. Ramai wanita yang hamil inginkan proses kelahiran berjalan dengan cepat dan selamat, kalau boleh nak elak dari proses induksi yang lebih menyakitkan dari kelahiran biasa. Namun anda perlu tahu perasaan takut boleh membuatkan hormon yang membantu proses kelahiran menjadi tidak menentu.

Ada banyak perkara yang dapat membantu memudahkan proses kelahiran:-

1. PEMAKANAN SUNNAH
Saya faham ramai ibu-ibu di luar sana sukar untuk mengamalkan kesemua jenis makanan sunnah, selain harganya yang mungkin agak mahal seperti zafran ibu-ibu juga mungkin mempunyai kesukaran untuk mendisiplinkan diri mengambil kesemua jenis makanan yang disarankan, namun sekurang-kurang ambillah makanan sunnah yang mudah didapati, anda tidak perlu memaksa diri untuk mencari kesemuanya.



Disini saya syorkan ibu-ibu memadai mengamalkan kurma dan air zam-zam. Kurma adalah sejenia buah yang memberikan tenaga segera, ia cepat diproses dan diserap selain mengandungi karbohidrat, kurma juga terdiri daripada serat dan potassium. Buah kurma juga dapat memudahkan proses bersalin dan muengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Makanlah buah kurma sebanyak yang boleh sementara menunggu untuk masuk ke bilik bersalin dan minumlah air zam zam sebagai penghilang dahaga.Amalan ini dipercayai dapat mengelakkan bayi jaundice, selain memudahkan proses bersalin.


2. BACA AL-QURAN SEPANJANG KEHAMILAN
Sepanjang tempoh kehamilan, rajinkan diri membaca Al-Quran atau surah-surah yang disarankan bagi ibu mengandung, namun seelok-eloknya khatamlah Al-Quran sepanjang kehamilan pahala pun lebih InsyAllah.. 

Ibu-ibu jangan lupa amalkan membaca surah Maryam terutama apabila melangkah  trimester terakhir kehamilan dan sunat lakukan sujud sajadah/tilawah ketika sampai di ayat sajadah (ayat ke58 surah Maryam). 



3. SENAMAN YANG SESUAI
Senaman ibu mengandung bukanlah bertujuan untuk membakar kalori semata-mata. Tetapi banyak manfaat lain yang tidak kurang pentingnya, namun pastikan senaman yang anda lakukan bersesuaian dengan trimester kandungan anda dan jangan terlalu memaksa diri bersenam, lakukan mengikut kemampuan diri.
Antara manfaat bersenam bagi ibu mengandung:
  • Melonggarkan sendi-sendi untuk memudahkan proses bersalin 
  • Menguatkan otot 
  • Menggalakkan jantung mengepam darah 
  • Mengawal pertambahan berat badan 
  • Memudahkan anda kembali ke bentuk badan asal selepas bersalin 


senaman-untuk-ibu-hamil




4. MINYAK KELAPA DARA
Minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (Virgin Coconut Oil) adalah salah satu petua bagi membantu proses bersalin. Ia juga merupakan antibakteria yang boleh melawan jangkitan. Minyak kelapa dara boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul. Ada juga yang mengambil langkah dengan menyapu minyak kelapa dara di bahagian perineum untuk mengelakkan koyakan semasa bersalin dan juga menyapu di bahagian perut bagi mengelakkan stretch mark. Pengambilan minyak kelapa dara sepanjang kehamilan dipercayai akan menunjukkan kesan yang menakjubkan.





5. EKSTRAK KACIP FATIMAH
Ya Ekstrak Kacip Fatimah juga adalah salah satu ikhtiar bagi mempercepatkan proses kelahiran. Amalkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah pada minggu ke-38 kehamilan, tujuannya adalah untuk memberikan rangsangan pengecutan pada rahim bagi merangsang bukaan pada pangkal rahim (sila rujuk sumber Dr Zubaidi)

Kenapa Ekstrak Kacip fatimah diambil pada minggu ke-38 kehamilan?
Kerana janin sudah cukup matang dengan sempurna dan bersedia untuk dilahirkan pada usia kandungan 38 minggu.


6. KAWAL EMOSI
Otak merupakan organ penting dalam mengawal emosi individu, malahan tahap kesakitan akan berkurangan sekiranya kita berjaya mengawal emosi. Jangan hanya fikirkan kesakitan yang kita bakal tempuh saat di labour room, fikirkan yang kita bakal berjumpa dengan cahayamata yang dikandung selama 9bulan. Sokongan ahli keluarga terdekat juga penting bagi menemani proses kelahiran bagi mengelakkan tekanan bagi mengatasi perasaan takut.


7. BERDOA DAN SOLAT SUNAT
Rajin-rajinkan diri melakukan solat-solat sunat seperti solat dhuha Ketika contraction datang tarik nafas dan hembus perlahan dan sambil mengucapkan zikir nabi yunus, pejam mata dan ingat kebesaran Allah SWT.





Link berkaitan:
  • Tips memudahkan proses bersalin
  • Bersalin dengan mudah
  • Tips kurangkan rasa sakit ketika contraction
  • Tips kurangkan rasa sakit ketika bersalin

Isnin, 5 Oktober 2015

FAKTA #1 DAN #2 SUPER POWER GRAPESEED OIL: MENGURANGKAN KADAR KOLESTROL DAN SERANGAN JANTUNG







Kalau scroll-scroll sebelum ni saya penah buat entri pasal Kebaikan Super Power Grapeseed Oil  dalam bentuk senarai kebaikannya. Grapeseed oil ni memang banyak kegunaan dan kelebihan kalau kita kaji betul-betul, so entri ni saya nak highlight fakta #1:Kurangkan risiko serangan jantung dan #2:Mengurangkan kolesterol tubuh. Ramai yang tahu serangan jantung dan kolestrol mempunyai perkaitan yang menghubungkaitkan gejala penyakit kardivaskular yang semakin menular di negara kita. 


Kebanyakan Masyarakat kita tak sedar kuantiti makanan yang diambil mengandungi kadar kolestrol yang tinggi, ramai juga masyarakat tidak tahu akan jenis-jenis makanan yang mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh. Mulai sekarang buka mata seluasnya sebab saya nak terangkan mengenai kebaikan minyak biji anggur a.k.a grapeseed oil yang terbuktikan mampu mengurangkan kadar kolestrol dan serangan jantung.

Jom kita semak fakta 1 dan 2!

1. #Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan risiko serangan jantung.
2.#Mengurangkan kolesterol tubuhAnggur mengandungi bahan Phytosterols yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.


Kandungan utama biji anggur :-

Monounsaturated fats
  • Minyak biji anggur tidak mengandungi protein atau karbohidrat.
  • Merujuk US Department of Agriculture's Nutrient Database, setiap 1 sudu besar grapeseed oil mengandungi 2.19g monounsaturated fat atau orang kita panggil lemak mono tak tepu.
  • Mengikut kajian Harvard School of Public Health, lemak mono tak tepu ini merupakan lemak sihat yg boleh mengurangkan risiko serangan penyakit jantung

Polyunsaturated fats
  • Makna dia lemak poli tak tepu, juga dikenali sebagai lemak sihat.
  • Setiap 1 sudu besar minyak biji anggur mengandungi 9.5g lemak poli tak tepu. Apa kebaikan polyunsaturated fats ini? Ye, pengambilan lemak poli tak tepu pada kadar sederhana mampu menurunkan paras kolesterol dlm darah & mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Sebahagian lemak poli tak tepu tidak dihasilkan oleh tubuh kita sendiri, maka amat penting kita menambah pengambilan lemak jenis ini melalui sumber pemakanan harian, contohnya minyak biji anggur

Saturated fats
  • lemak tepu. 
  • Mengambil makanan yg tinggi lemak tepu akan meningkatkan paras LDL (low density lipoproteins) atau 'kolesterol jahat' yg akhirnya akan menyempitkan saluran darah & mengakibatkan timbulnya penyakit kardiovascular (serangan jantung). 
  • Setiap 1 sudu besar minyak biji anggur hanya mengandungi 1.306g lemak tepu. Lihat, kandungan lamak mono & poli tak tepu dlm grseed oil jauh lebih tinggi berbanding lemak tepu.

Phytosterols
  • USDA mencatatkan setiap 1 sudu besar grapeseed oil mengandungi 24mg phytosterols. 
  • Pystosterols merupakan komponen asas tumbuhan yg membantu usus menapis kolesterol dari makanan yg diambil, ini bermakna secara tak langsung ia turut mengurangkan paras kolesterol jahat dlm darah. 
  • Menurut kajian Washington University School of Medicine 2010,phytosterols yg ditemui dlm ekstrak biji anggur mampu mempercepatkan proses metabolisma kolesterol. Maksud ia menyingkirkan lebihan kolesterol dr makanan & mengurangkan kadar serapan kolesterol ke dlm usus.

Superpower Grape Seed's 100% Cold Pressed Grape Seed (Oil in Softgel Capsule) 60 capsules
Super power grapeseed oil dalam bentuk softgel, mengandungi 60biji softgel




Khamis, 17 September 2015

#SAYAJUAL JUBAH BAYI DAN KANAK-KANAK SEAWAL 3BULAN HINGGA 4TAHUN! MURAH!


Biasanya bayi dan kanak-kanak perlukan baju yang banyak ketika hari raya, memandangkan aktiviti kanak-kanak yang aktif, tambah-tambah kalau jumpa geng-geng sepermainan tak sampai sejam kalau tak kotor baju xsah lah kan, itu memang normal.. Saya sebagai ibu juga akan prepare sekurangnya 3helai sehari terutama ketika hari raya untuk anak dara saya tambahan sekarang ni dia semakin aktif bermain.. lagi 1 kanak-kanak ni cepat membesar tak sampai 3bulan dah kena beli baju baru kan.. kan.. Bru je beli raya Eidulfitri lepas dah senteng kaki tangan, nak beli baru pulak mahal.. 

Ada ke yang jual jubah dan baju kanak-kanak dengan harga berpatutan? jom godek-godek gerobok saya, mana tahu ada yang berkenan! jangan risau pasal harga.. memang berpatutan dengan material yang selesa dengan penyerapan peluh.. 




JUBAH KANAK 3BULAN HINGGA 4TAHUN
Material : Cotton T-shirt
Material pada pergelangan tangan : getah kenyal dan berkilat (tidak merbahaya pd bayi)
Harga: RM 35
Postage RM7(SM), RM10(SS)
Size: 

 XXS (6-9m)
Bahu: 9 inch
panjang lengan: 8 inch
labuh baju : 16.5 inch
lebar : 9.5 inch

SIZE XS (9-12m)
bahu : 9.5
panjang lengan: 9 inch
labuh baju 18.5 inch
lebar : 10.5 inch

SIZE S (9-12m)
Bahu: 10 inch
panjang lengan: 10 inch
labuh baju : 20.5
lebar : 12 inch

SIZE M (2y)
Bahu: 10.5 inch
panjang lengan : 11 inch
labuh baju : 21.5inch
lebar: 12.5 inch

SIZE L (3y)
Bahu: 11.5inch
panjang lengan:11 inch
labuh baju : 24 inch
lebar : 14 inch

SIZE XL (4y)
Bahu: 12 inch
panjang lengan : 13 inch
labuh baju : 26.5inch
lebar 14 inch

Warna: Royal Purple

Warna: Cute pink

Warna: Royal Yellow (warna sebenar lagi terang)

Warna: Khaki



Jom kita tengok model2 kecil beraksi!









Nak dapatkan semua koleksi ini boleh ke ig saya di 'soho_pasteluna' atau di page Pasteluna Collection atau wahtsapp saya seperti no di bawah




Isnin, 14 September 2015

JANGAN BUANG BIJI ANGGUR! (pasti anda akan kunyah biji anggur lumat-lumat selepas membaca artikel ini)

Adakah anda penggemar buah anggur?

Anggur adalah salah satu jenis buah yang memiliki kemampuan untuk menangkal radikal bebas dan mencegah penuaan. Di pasaran anggur dijual dalam dua jenis yang biasa kita nampak dan kita bezakan melalui warna, iaitu hijau dan hitam. Tidak kisah warna apa asalkan ia adalah sejenis anggur, namun ramai pembeli lebih menggemari buah anggur yang tidak mempunyai biji didalam... betul tak?

Tahukah anda bahawa biji anggur yang mengganggu di dalam isi buah itu mempunyai khasiat tersendiri, biasanya apa yang kita lakukan adalah membuang biji anggur tersebut.. ok! lepas anda baca artikel ini, mungkin selepas ini anda akan kunyah lumat-lumat sebelum menelannya..




Jom kita semak manfaat biji anggur yang ramai tidak tahu!


Kelebihan dan Kebaikan Grape Seed Oil:

 • Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia 

 • Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu sistem tubuh manusia

 • Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol 

 • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah 

 • Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan terhadap serangan penyakit

 • Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda • Menghalang pembengkakan dan keradangan 

 • Melancarkan perjalanan darah 

 • Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous 

 • Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan 

 • Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu 

 • Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan

 • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan 

 • Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan dinding kapilari darah 




Soalan: Bagaimana cara mudah nak amalkan pengambilan biji anggur ni?
Anda tak perlu risau.. Super Power Grapeseed menyediakan supplement dari ekstrak biji anggur dari biji-biji anggur yang bermutu tinggi. Khasiatnya juga dikekalkan dalam bentuk ekstrak minyak biji anggur. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Ekstrak Biji Anggur dipersilakan whatsapp no di bawah ini.


Thanks you for reading :)


Sabtu, 29 Ogos 2015

Kebaikan Super Power Grapeseed Oil

Alhamdulillah sekarang ini anak sedang nyenyak tidur, sempat nak buat entry panjang2 walaupun sebahagianya copy paste dari sumber-sumber rujukan. Saya nak introduce mengenai produk baru iaitu Super Power Grapaseed Oil yang berasaskan ekstrak biji anggur..

KENAPA BUAH ANGGUR?
Pertama sekali salah satu matlamat perniagaan saya adalah ingin mempromosikan makanan sunnah yang sememangnya baik untuk kesihatan, cuma tak ramai yang tahu akan kelebihan makanan sunnah yang terdapat dalam Al-Quran ini. Mungkin selepas ini jika ada rezeki dan peluang saya akan pasarkan pula secara online makanan2 sunnah yang lainnya dengan moto "selain berniaga kita beramal" gituu..

Kedua, kerana anggur adalah salah satu makanan yang disebutkan dalam Al-Quran tentang khasiat dan kebaikannya, bila Allah dah sebut dalam Al-Quran maka rugi kalau kita sebagai manusia tidak mengkaji dan mengamalkan kerana ada khasiat yang terselindung disebalik buah-buahan syurga ini.

Buah-buahan yang disebut di dalam al-Quran. Pasti banyak khasiat dan manfaatnya insyaAllah.

#islami #islam #muslim #muslimah #allah #akucintaislam #motivasi #hijab #quote #bijak #sunnah #odoj #onedayonejuz #quran #alquran #syari #islamic #hadits #doa #dzikir #zikir #shalat #bismillah #alhamdulillah #dakwah #renungan #nasihat #katabijak

Buah-buahan dalam Al-Quran
''Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.'' ( QS: An Nahl: ayat 11)

Aneka buah-buahan segar diciptakan Sang Khalik untuk umat manusia. Di antaranya, salah satu yang disebutkan Allah SWT dalam Alquran dalah anggur. Buah yang rasanya lazat itu, disebutkan dalam Alquran sebanyak 14 kali.

Senarai Surah Yang Menyebut Tentang Anggur:   
An-Naba’ 32 
Abasa 28 
Al-An’am 99 
Yaasin 34 
Al-Nahl 67


KHASIAT ANGGUR
Berikut adalah antara khasiat anggur:

1. Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan risiko serangan jantung.

2.Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.

3. Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.

4. Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).

5. Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.

5. Alzheimer – Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer.

6. Anggur juga pada hakikatnya membantu kesihatan otak manusia.

7. Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan anti-bakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.

8. Mengurangkan risiko kanser – Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.

KENAPA EKSTRAK BIJI ANGGUR?
Tahukah anda? Kajian saintifik menunjukkan bahawa kuasa antioksida proanthocyanidins di dalam ekstrak biji anggur20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa daripada vitamin C.

Ekstrak Biji Anggur (Vitis Vinifera) Ekstrak Biji Anggur, yang dikeluarkan dari kulit dan biji anggur, mengandungi perlindungan oligomeric proanthocyanidins (OPC) dalam kuantiti yang ketara. Kandungan utama ekstrak Biji Anggur adalah kompaun phenolic kepada mononers (catechins, epicatechin, dan taxifolin) dan flavonoid yang sejat. Ekstrak biji tersebut dibuktikan sebagai antioksida kuat yang dapat melindungi badan daripada proses penuaan dan pereputan dengan meningkatkan ketahanan plasma darah terhadap tekanan beroksida. 


KENAPA SUPER POWER GRAPESEED  INI TERBAIK?
Kerana serbuk Biji Anggur ini diperoleh dari biji-bijian anggur merah yg dipecah & diperhalus, mengandungi antioksida utama oligomeric proanthocyanides (OPC) pada kadar kepekatan antara 80% - 85%. Tahap kekuatan antioksida yg ada pada ekstrak minyak biji anggur adalah 50 kali ganda lebih kuat berbanding vitamin C & 20 kali ganda lebih kuat berbanding vitamin E. Ianya 100% organik!

BAGAIMANA NAK DAPATKAN  SUPER POWER GRAPESEED OIL?
Nak dapatkan oroginal Grapeseed Oil silalah berhubung melalui no di bawah, whatsapp preferred!
atau ke page Ekstrak Kacip Fatimah

Grapeseed Oil dalam bentuk softgel



Link yang berkaitan:
  • Kebaikan Super Power Grapeseed Oil
  • Kebaikan ekstrak biji anggur
  • Kebaikan buah anggur
  • Ekstrak biji anggur untuk kesihatan
  • Super Power Grapeseed Oil


Khamis, 13 Ogos 2015

ENTRY BERBULAN-BULAN TERTUNGGAK!

Pertama sekali nak panjatkan kesyukuran, Alhamdulillah sedar tak sedar anak dah nak masuk 2 orang dah, inilah antara penyebab saya dah tak berapa nak rajin update blog dan antaranya jugaklah sebab alahan tapi bukan alahan muntah-muntah atau mabuk-mabuk macam yang saya alami ketika mengandungkan enon, tapi alahan malas mengadap laptop dan yang kedua sebab sibuk uruskan anak dan suami, ini perkara biasa sebagai seorang ibu yang juga suri rumah sepenuh masa.. 

Namun pelanggan-pelanggan yang nak buat tempahan supplement janganlah risau sebab saya ada tab yang memudahkan saya bekerja dan me'reply' message sambil berbaring bila penyakit alahan datang..hehe..sekarang dah melangkah trimester ke-2 condition dah semakin hokey..Anytime message whatsapp atau inbox saya reply tanpa perlu berkompromi..setiap pesanan akan saya lakukan urusan penghantaran sepantas yang mungkin dan juga perlu diingatkan penghantaran setiap hari kecuali jumaat dan cuti umum ye puan-puan.

Saya teruskan dengan entri2 tertunggak.. rasanya masih belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat semua pembaca blog saya serta pelanggan-pelanggan yang membeli supplement melalui info dari blog ini.. Alhamdulillah saya kembangkan sikit business saya dengan perkhidmatan kereta sewa, walaupun hanya 2ketul je kereta sewa yang disediakan namun sejak bermula business ni memang tak mengecewakan saya dan suami, insyAllah saya dan suami akan cuba sedaya upaya sediakan kondusi kereta sewa yang tip top! untuk kepuasan perjalanan anda, insyAllah juga akan ada penambahan bilangan kereta sewa jika diizinkan rezeki dariNya..

tak pernah saya upload gambar kereta sewa, kali ni kita bg view sikit ye.. baru dan tip top!
Kereta jenis : AXIA (A) both

Eh nampak x si enon kat dalam kereta!

gambar ni baru ambil minggu lepas dari tarikh entri ini ditulis...

kereta biru ni xsempat pulak saya nak snap overall sebab memory hp full, so saya bagi view ketika kereta baru keluar oven..



Alang-alang tu saya nak lanje sikit gambar raye...

Gmba anak jelah.. yang baju biru tu anak saya ainun aka enon, yang baju turqoise tu sepupunya Aufa beza lebih dahulu 2bulan dengan ainu.. masing-masing pantang jumpa handphone!


last but not least.....
Selalu lah saya akan bawa ainun kemana sahaja, nak post barang atau hantar dan ambil pelanggan yang nak menyewa kereta kalau abinya sibuk di kantorr..


dan akhirnya dia akan....

Zzzzzzzz... ni la keja dia dalam kereta.. Alhamdulillah xbanyak meragam..




umpannya oat krunch je





sekian...
Thankyou for reading.. :)

Ahad, 24 Mei 2015

CLEARANCE STOK SERUM VITAMIN C!

Sapa yang tak nak harga murah dengan produk original SERUM VITAMIN C keluaran NN Beauty? meh sini saya nak bagi harga murah sempena clearance stok nak tau harganya sila PM saya 016.776.118.0 ,... expired date adalah pada tahun 2017.. lambat lagi tuuu




KEBAIKAN SERUM VITAMIN C NN BEAUTY: 

♥ Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif pengaruh luar seperti polusi, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya
♥ Merangsangkan pembentukan kologen kulit yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging dan anti wrinkles/kerut)
♥ Mencerahkan kulit secara alamiah
♥ Melembapkan kulit wajah
♥ Menghilangkan flek flek hitam
♥ Merawat luka jerawat dan menutupnya secara rapat
♥ Menghaluskan kulit wajah
♥ Melindungi kulit dari sinar UV
♥ Mengurangkan pembentukkan garis halus di wajah
♥ Menegangkan kulit wajah
♥ Pemakaian jangka panjang( > 6 bulan) mampu menjadikan kulit wajah kelihatan lebih muda


NORMAL PRICE: RM60(SM) RM70(SS)
HARGA CLEARANCE STOK?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
016.776.118.0

jom layan testimonial sikit






jom tengok muka pengasas... kalau nak cuba produk kena tengok muka pengasas dulu kan?






sekian...

Rabu, 18 Mac 2015

Doodle pertama



Doodle pertama saya.. antara drawing yang paling diminati remaja masa kini, walaupun saya bukan lagi remaja.. hmmm

Selasa, 10 Mac 2015

MASA SENGGANG

Dah lama tak tak buat drawing freehand mcm ni... Last saya hasilkan drawing masa semester akhir diploma.. dan bila sambungbijazah terus saya tinggalkan bakat lama saya ni sebab masa tu semua dah guna sketchup dan aplikasi lain untuk randering..

hasilnya memang lebih cepat berbanding freehand mcm ni tp bagi saya freehand mcm ni lebih unik dan mahal kalau dijual.. barang handmade kan lagi mahal...

Tapi sekarang dengan smartphone anda boleh buat drawing... cuma smartphone kecil, xpuas kalau nak buat drawing mam ni.. drawing ini saya gunakan galaxy note 8.0 bersaiz 8inch.. mana2 note pun boleh termasuk tab asalkan ada disediakan s pen..

Isnin, 2 Mac 2015

PUNCA SALURAN FALLOPIAN TERSUMBAT

NOTICE: NOTA INI DIAMBIL ATAS KEBENARAN drzubaidi.com ANDA TIDAK DIBENARKAN ULANG SIAR ATAU DIKONGSIKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL DAN PERNIAGAAN


Dua punca utama berlakunya sumbatan saluran fallopian.

Punca utama ialah jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas.

Jangkitan ini lebih sering berlaku pada wanita berbadan besar, pesakit kencing manis, wanita yang memakai alat IUD, wanita yang lepas keguguran atau pesakit yang mengalami daya ketahanan tubuh yang rendah seperti pesakit autoimmune atau kanser.

Tanda-tanda jangkitan pada rahem dan organ reproduktif ialah keluaran keputihan yang berwarna kuning atau hijau dan berbau, serta merasa gatal.

Kuman akan naik kedalam rahim dan terus masuk saluran fallopian dan menyebabkan sumbatan.

Punca kedua ialah penyakit endometriosis, yang disebabkan darah haid yang masuk semula ke dalam rahem dan melalui saluran fallopian pergi ke belakang rahim.

Darah haid yang mengandungi darah tisu endometrium, toksin dan kuman2 menyebabkan reaksi radangan yang teruk sehingga menyebabkan kerosakan saluran fallopian yang akhirnya jadi tersumbat.

Pada peringkat awal sumbatan, Ektrak Kacip Fatimah dapat membantu membuka semula sumbatan ini.

Tetapi jika ia sudah berlaku lama melebihi setahun, agak sukar untuk menyembuhkannya dan doctor selalu mencadangkan pembedahan untuk membuka sumbatan itu.

Wallahu a’lam.



Link berkaitan:

Ahad, 1 Mac 2015

Wanita OKU guna lidah akses internet mahu bantu ibu promosi kicap, sos




Terkesima, tercabar, malu dengan diri sendiri bila tengok semangat wanita ini.. Kecacatan kaki dan tangannya langsung tidak mematahkan semangatnya untuk mempromosikan produk jualan ibunya iaitu kicap dan sos dengan menggunakan lidah... Kita sendiri yang mempunyai cukup kaki tangan kadang-kadang merungut bila nak lakukan sesuatu tugasan termasuklah saya sendiri, handphone hang pun kadang2 merungut.. masyAllah

Saya harap semoga kisah wanita ini dapat menjadi teladan buat saya sendiri dan buat rakan rakan yang asik bertangguh kerja..  Kejayaan takkan datang bergolek.. Mulakan sekarang!
Berita selanjutnya di sini


KEBETULAN

"Entri ini ditaip pada hari sabtu"

Ini cerita saya hari ini, pagi sabtu selepas hari jumaat yang barakah...

Biasanya hari jumaat saya kurang mendapat tempahan EKF dan produk2 lain sebab hari cuti umum di kelantan, so masa terluang saya gunakan bersama keluarga.. Pagi jumaat semalam ada pelanggan saya whatsapp bertanyakan serum dan EKF yang saya jual.. lepas deal diskaun dan bla..bla., pelanggan saya bersetuju untuk membeli dan terus bank in kan amount tersebut.. dan terus saja saya akhiri ayat terakhir conversation dengan "baiklah puan, esok saya akan post", hingga ke pelanggan yang seterusnya pun saya berikan jawapan yang sama... jawapannya memang wajiblah post esok! (hari sabtu)

Tapi terlupa pula suami saya yang dipertanggungjawabkan untuk mengepost barang ada perlawanan futsal di kampus dengan staf UMK yg lain pada hari sabtu.   Dalam hati  "xkan nak paksa2 suami supaya post barang tersebut sedangkan dia pun sibuk, tapi xkan nak suruh pelanggan tunggu sampai hari ahad baru nak post produk,  padahal pelanggan saya dah lakukan transaksi sejak hari jumaat"... 

Dengan pelanggan, saya memang lemah...  asal pelanggan saya bank in saya tak akan tangguh2 untuk post sebab memang saya tak suka serabut kepala hotak buat pelanggan tertunggu-tunggu, sape yang tak eksited kalau beli berangan secara online, lainla kalau beli secara live bayar terus bwak balik tapi online ni memerlukan kesabaran, nak-nak kalau pelanggan yang jenis tak boleh sabar, jadi untuk lebih selamat lebih baik cepat2 post.. yang penting pelanggan saya berpuas hati dan saya tak perlu nak argue, kang kena snapshoot dan jadi viral 1 malaysia!

Pikir punya pikir sampai ke malam.. "erm... macam mana aku nak post barang? kereta xde esok, xkan nak kendong ainun dalam baby carrier dan tunggang moto?...oiii bahaya!.. dan terus...zZzZZZZzzzzz sampai ke pagi esoknya hari sabtu...

Bngun pagi solat subuh... masih lagi berfikir lama... masuk ke bilik SOHO dan tulis alamat pelanggan di congsiment letter dan bungkus siap!.. tapi sape nak post??? .. suami saya pagi2 lepas subuh dah start kereta untuk perlawanan futsalnya.. bingkas saya bangun dengan air sembahyang yang masih ada saya tunaikan solat dhuha seperti biasa, selesai solat saya berdoa semoga Allah murahkan rezeki untuk hari ini dan PERMUDAHKAN URUSAN saya.... Selesai berdoa ambil Al-Quran dan baca sementara anak belum bangun... selesai membaca Al-Quran saya ke belakang rumah dan masukkan baju dalam mesin basuh... 

Settle semua hal basuh baju terus saya capai tablet, macam biasa check kalau2 ada tempahan lain.. paling last buka mesej jiran yang minta nak beli parcel RM6 dari saya, katanya nak postkan ikan gelama kepada rakannya kat KL.. Tdetik dalam hati, kalau dia nak beli parcel dah tentu nak poskan parcel tu, apa lagi terus la saya reply msg dan minta tolong tumpang postkan barang alang2 kalau nak ngepost .. Allhamdulillah kebetulan jiran saya pun memang nak postkan barang di postlaju haritu...

Demikian settle semua postage untuk hari tu.. 


Feeling blessed :p sangat hari tu sebab Allah tolong permudahkan urusan saya di saat sy memerlukan DIA dengan berikan solusi melalui 'kebetulan'.. Sebenarnya banyak sangat kisah2 kebetulan dalam hidup saya ni, ini hanyalah kisah kecil yang sempat saya ceritakan kat sini, ada yang saya ingat dan ada yang saya lupa bagai angin lalu dan ada yang tak perlu diceritakan.....harap2 dapat jadi inspirasi bagi rakan-rakan,...

Sekian cerita saya.. 

Sabtu, 28 Februari 2015

BEKERJA VS JAGA ANAK

Dua tahun lepas atas permintaan suami saya berlapang dada ketika melangkah keluar dari Appraisal Properties di Intel. Saya keluar dengan berpegang dengan kata-kata rezeki akan murah kalau kita berkahwin dan mempunyai keluarga.

Walaupun ada yang soksek kat belakang katanya "rugi ada  ijazah tapi akhirnya hanya jaga anak"...

Sebenarnya ada banyak peluang rezeki dari rumah kalau kita bijak manfaatkan ilmu yang kita ada sambil dapat melihat anak membesar depan mata, 

kita gunakan ilmu yang ada untuk mendidik anak-anak..

Percayalah,sekiranya kita redha melepaskan sesuatu kerana Allah maka Allah akan redha memperkenankan doa kita.. InsyAllah

Antara best quote yang memberikan saya semangat sebagai WAHM (Work At Home Mom)...





Antara best moment ketika di rumah membesarkan anak...
Dapat lihat anak seronok bermain bedak ...


Bermain tisu...
Mengaji bersama..


Hanya sebagai renungan....