RECENT POST

Selasa, 18 November 2014

CARA MENGATASI BAYI TERSEDAK SUSU

Assalamualaikum, nowadays banyak sangat kes bayi tersedak susu yang kita baca dan dengar kadang-kadang bermusim, susah kita nak salahkan sesiapa tapi apa yang penting mari kita sama alert dan cakna bagaimana nak atasi masalah ini, jangan terhantuk beru tengadah ye! saya sendiri pun sampai tak lena tidur bila anak menyusu sebab dalam kepala hotak selalu terngiang2 keratan akhbar yang tragis..




jadi jom kita ambil tahu bagaimana cara penyusuan yang betul serta cara rawatan bayi tersedak susu, ala tak rugi pun baca kan...

Cara yang betul beri susu kepada bayi :
  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
  • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaliknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
  • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelakkan bayi muntah ketika tidur. Caranya dengan meniarapkan bayi dan usap belakang badan sehingga bayi sendawa.



Cara rawatan jika bayi tersedak susu :
  • Tiarapkan bayi dan kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar dari mulut.
  • Sekiranya bendasing didalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap ke depan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
  • Selain menekan bahagian perut, bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.



Nak dapatkan EKF, ETA, UMMA LACTO atau Vitamin C Serum?
Whatsapps: 0167761180

office: 097784025