Jumaat, 27 Jun 2014

Bekerja dari rumah

Yang sebenarnya seronok juga bekerja dari rumah sambil-sambil jaga anak. Yang penting dapat tengok anak membesar depan mata tanpa perlu berkompromi dengan kerja yang terikat dengan bos. Sekarang saya adalah bos dan saya juga pekerja, nak masuk kerja pukul berapa? ikut suka saya.. nak pakai baju apa pun ikut suka hati saya.. tak perlu nak iron baju xperlu nak berfesyen hanya duduk depan laptop bila dah selesai uruskan hal anak dan mengemas rumah, buka inbox dan periksa sebarang order atau pertanyaan. Kalau ada order sekali pun, saya hanya perlu bungkus EKF yang dipesan customer dan post melalui pickup servis pos laju.. mudah kan?.. cukup time masak untuk suami..

Saya sikit pun xambil kesah kalau ada sesetengah orang yang cakap "belajar tinggi-tinggi last2 melekat kat rumah" pada saya, saya perlu scarified melepaskan cita-cita semata-mata untuk membesarkan anak saya jadi tidak ada sebarang kerugian yang saya perlu tanggung, apa yang saya dapat adalah kepuasan membesarkan anak dan menguruskan keluarga dan yang penting saya tak goyang kaki walaupun suami tidak mengesyorkan saya bekerja namun dia beri saya semangat untuk saya memulakan bisness dari rumah ni. Alhamdulillah... 

Saya pegang kata-kata mak mertua saya "belajar tinggi dan memilih untuk menjaga anak2 tidak bererti satu kerugian" gunakan kebolehan akal fikiran kita untuk melakukan sesuatu out of standing!

Sekian mekasih :)