Isnin, 15 April 2013

Ketam masak lemak cili api daun pegaga

Terasa nak menggigit ketam trus msg suami supaya singgah sebentar tepi jalan beli sekilo ketam sebelum pulang kerja... Harga sekilo RM22!


BAHAN-BAHANNYA
2 ekor ketam (dalam 1kg)
1 kotak santan 200ml
1 cawan air
1 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula
daun pegaga

BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
* kalau nak pedas boleh tambah cili padi

CARA MEMBUATNYA :

Basuh ketam sampai bersih. Put aside.

Panaskan periuk then masukkan bahan2 kisar tuh semua. Tunggu sampai mendidih.

Tuang santan dan air. Then masukkan ketam. Kacau2 sikit.

Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Bila ketam dah start berwarna oren dan santan pon dah mendidih masukkan daun pegaga dan tutup api.

SIAP!!








Selasa, 2 April 2013

Maggie Ketam Tok Bali

Selalu sangat saya dengar cerita pasal maggie ketam yang popular kat Tok Bali ni.. Suami saya pun baru 1st time merasa. Jarak nya lebih kurang 30 minit dari Bachok. Harga sepinggan RM20! 



Nak cakap pasal testimoni ermm..  xdalah sedap sgt kuah maggie ni sebab saya rasa restoran ini hanya menggunakan perencah maggie biasa tapi yang nikmatnya sebab mereka menggunakan ketam nipah.. Nak makan pun memerlukan kekuatan gigi asli sebab tak cukup kalau setakat pakai alat khas untuk memecahkan kulit ketam ni.. kesian yang pakai gigi palesu, xmesra alam..

 Nama Restaurant?.. emman? ebby? abby? abu? eh xingat la!..