Isnin, 8 Julai 2013

Sup ayam





Sja suka-suka nak share sup ayam ni padahal dah buat lama dah pun.. alang2 nak masuk bulan ramadhan ni kan.. hehe

Bahan2:-
1 ekor ayam potong 16 (aku just guna 5 ketul ayam je..pastu campur leher ngan kaki ayam)
1 labu bawang merah (yang ni lak aku letak 2-3 biji)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih (aku takde bunga cengkih masa tu..aku ganti sup punjut je adabi)
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji kentang
1 batang lobak
1 mangkuk air panas baru masak
lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam (aku tak guna ajinomoto dan stok ayam)
daun sup, saun bawang & bawang goreng

Cara2nya:-
1 – Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak, biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Simpan air rendaman.
2 – Bawang merah dan bawang putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jangan sampai lumat..nanti tak best.. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5 cm dan kentang dipotong 6.
Bab potong2 ni..aku belasah jer..
3 – Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Then, masukkan halia dan rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4 – Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yang ditumis. Biarkan selama 10 minit.
5 – Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih..paham2 sendiri lah..kalu korang guna ayam sikit..jangan ngada2 gi tambah air banyak lak..pastu tak sedap..salahkan resepi…hahaha.
6 – Biar sup menggelegak, masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, ajinomoto dan lada sulah. Adjust mengikut selera anda.
7 – Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Tutup rapat periuk selama 20 mini supaya baunye meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang..

Kan tadi aku cakap guna 5 ketul ayam je..masa rebus ayam tu..agak2 dah masak sket..aku cilok 2 ketul dan aku perap ngan kicap + garam + sos tiram + lada hitam..pastu goreng..heheh…Jimat belanja.. So..selamat mencuba.