Isnin, 4 Mac 2013

Kari ayam..

Inilah entri paling fofular dalam blog saya.. mungkin sebab gambar karinya yang cantik kot.. JOM kita layan resepinya lepastu jangan lupa snap dan hapload.. 


ikut saja arahan..


tadaa!!... dah siap kari ayam saya..


Berikut adalah resepinya, bagi yang tak berapa pakar masak2 macam saya bolehlah mencuba, tapi bagi yg pakar pejam mata pun menjadi..


Resepi Kari Ayam

1/2 ekor ayam ( dipotong2 dan dibesihkan )
3-4 biji kentang ( potong dadu )
1 inci halia ( di tumbuk )
1 biji bawang besar ( ditumbuk / dihiris nipis)
3 biji bawang merah ( di tumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
3 sudu makan serbuk kari ( satukan bersama serbuk cili dan campur dengan sedikit air )
1 sudu makan serbuk cili
1 litre santan pekat( dari 1 biji kelapa )
1 litre santan cair
Rempah 3 sekawan ( kayu manis, pelaga dan bunga lawang )
Daun kari
Daun ketumbar ( di hiris)
Asam gelugur
garam secukupnya

Cara penyediaan
1. Tumis bahan rempah 3 sekawan, bahan tumbuk/hiris, daun kari hingga wangi…
2. Masukkan serbuk kari yang telah di campur dgn air tadi dan kacau sebati.
3. Masukkan ayam dan kentang dan masak hingga ayam sedikit kecut.
4. Masukkan santan cair dan asam gelugur masak hingga ayam empuk.
5. Bila ayam empuk masukkkan santan pekat… Bila mendidih sesuaikan rasa dan masukkan daun ketumbar dan angkat.