RECENT POST

Rabu, 2 Mac 2011

DIET SEIMBANG UNTUK TUBUH SIHAT MENAWAN


Entri kali ni nak share sikit pasal diet seimbang...dan entry kali ni jugak sebagai peringatan untuk diri aku sendiri sebabnya aku rasa berat aku dah makin meningkat n lemak pun dah makin bertambah kot... dah xde cara lain lagi selain diet.. Kalau dulu aku kurus keding then berat aku dalam 45kg dgn tinggi 159 tapi bila aku start masuk deg S.Alam berat aku dah mencapai tahap ideal dengan berat 49kg tinggi 159 then masuk je part 6 angka kat penimbang tu dah makin bertambah sikit...arghh... dulu risau bangat dengan berat yang kurang tapi sekarang aku dah mula bimbang bila berat aku makin bertambah... ni dah masuk 52kg!..bimbang wehhh!!

ramai orang cakap "ala ko diet la"... wah! cakap memang senang tapi nak disiplinkan diri 2 yang agak susah kot sebabnya nafsu makan aku memang tinggi sekarang ni... xleh tahan beb!

kalau dulu aku asik dengar orang kata ' adda ko ni kurus sangat la, melayang je aku tengok' tapi sekarang ni 'adda ko da makin berisi la'... wahhh! bimbang ni!! camne aku nak pakai baju pengantin? tak cantek la nanti! :(...huhu!


time kurus2 dlu..


time final dip kat uitm perak dulu... ok r sikit berat ideal lg..

yang lates tengok aje kat sidebar aku yep!


tapi diet bukan untuk kurus aje, oo korang ingat diet, exercise tu suma untuk kurus aje ek... orang kurus tu xsemestinya sihat ye!... kalau kurus camni acanne?

macam papan lapiss...

nak kurus diet cara seimbang ikut tips2 ni.........

1. Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.

2. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.

3. Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.


10. Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.


4. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.

5. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.

6. Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.

7. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.

8. Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.

9. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.


selamat mencuba!