Sabtu, 30 Julai 2011

Memetik buah epal segar??

Sebelum tu aku nak ucap "Selamat Menyambut Ramadhan"
erkk! tajuk entri??...
Seronok bila di kampung tambahan bila musim buah macam sekarang ni, pulak tu aku yang sedang bercuti semester panjang ni. 

Ni stok last buah rambutan milik jiran semperna musim buah kali ni ye.. 

itu mak aku sedang sibuk dengan galahnya, yang memanjat pokok abg aku... aku ngan kak  ipaq tunggu kutip je ye...
mari menikmati kemerahan buah rambutan....

ermm.... sedang bayangkan buah rambutan ni digantikan dgn buah epal. 
Busan rasanya hari2 makan buah epal segar ni... erkk lg!


p/s: selamat berpuasa....

Khamis, 28 Julai 2011

Laluan nostalgia

Tengah hari tadi aku menghidupkan enjin skuterku sebab nak mengambil mak aku kat Pekan Guar, pulak dalam masa yang sama hari ni PM datang untuk merasmikan hari bersama rakyat biasalah dekat2 nak musim mengundi ni. Jalan raya memang confirm la sesak dek orang ramai yang datang nak bersalaman dengan PM yang mereka chentai tu, sedangkan aku pula terselit-selit di celahan lori dan bas yang memang buat aku agak kecut perut sedikit..

Sesampainya kat Pekan Guar Chempedak...loh! lupa nak bawa helmet mak aku daa...so terpaksalah aku ambil jalan kampung tambahan bas2 persiaran serta kenderaan yang dalam kuantiti luar dari kebiasaan membuat aku memilih jalan yang aku sendiri tak pernah lalu sejak 20tahun yang lepas.

Mulanya memang agak kecut perut lalu kawasan ni sebab memang totally xde spesis manusia pun kat sini, yg ada cuma spesis lembu2 yang berkeliaran di padang ragut serta di pinggiran jalan tar mini. Mak aku yang menjadi pembonceng di belakang tiba2 kelu dari bersuara... ermm...rupanya dia tengah terkenangkan nostalgia masa arwah ayah aku ada bila aku cakap macam pernah lalu kawasan tu dengan ayah dolu2... lantas aku biarkan fikirannya melayang...

lalu aku mematikan enjin skuterku dan mencapai camera cap ayam yang setia di dalam kocek. 

dah nak hampir menuai dah sekarang...

 pemandangannya yang berlatarbelakangkan sawah padi di sebelah kanan dan gunung jerai di sebelah kiriku.. memang superb!

ni lah gunung jerai ye...salah satu habit, aku suka tengok bukit...suka sangat2..  
Sambil bawak moto sambil aku juga melayan nostalgia hampir 20tahun yang lalu, time tu aku kecik lagi tapi sense aku masih kuat yang jalan ni la aku pernah lalu dengan ayah aku naik moto masa nak pegi jalan-jalan kat pekan sampai selipar lochengku tercabut dek terlentok kt celah2 mak ngan ayahku... masa tu ayah aku la yg pegi kutip selipar tu... huuu..nostalgia kn?


p/s: korang ada laluan nostalgia?