Jumaat, 16 September 2011

Doakan aku...:)

Assalamualaikum semua... dah lama xupdate belog ni dan nampaknya agak bersawang, buat masa sekarang aku sedang menjalani semula komitmen sebagai pelajar sepenuh masa dan sudah semestinya semester ini adalah semester yang terpenting sepanjang 5 tahun menuntut di universiti ini... lama kan? dengan harapan semoga semester ini aku dapat harungi dengan jayanya demi segulung ijazah, so disebabkan faktor ini aku tak dapatlah nak overdose mengupdate belog but honestly aku rindu sgt nk update walaupun kadang2 aku hanya mampu produce entri yg agak loser kn... So sem ni aku perlu berikan tumpuan pada thesis walaupun belum heavy lagi namun kebimbangan ni membuatkan aku rasa tertekan ditambah pulak supervisor thesis aku adalah salah seorang yang berpengaruh dalam bidang ni iaitu Prof Wan Halawah ... kecut perut!


aku terpaksa mengadap foto Tg Chali buat masa sekarang...



Buat reader aku nak mintak tolong supaya doakan aku lepas dengan jayanya.... aminnnn...

thanks for reading!...

Khamis, 4 Ogos 2011

Slot Ramadhan : Ikhlas dan k h u s y u k

Kunci rumah lama yang hilang sejak 20 tahun yang lalu...Location: Bendul tingkap | Olympus Digital Camera

Assalamualaikum dan salam ramadhan....
Anda boleh terfikir tak suatu benda yang anda rasa tak menarik pun tapi kalau di olah dengan sentuhan yang tersendiri ia akan nampak betul-betul
extraordinary!.. walaupun hanya menggunakan barangan yang murah sekalipun.. asalkan ikhlas dan penuh minat...

 

Sabtu, 30 Julai 2011

Memetik buah epal segar??

Sebelum tu aku nak ucap "Selamat Menyambut Ramadhan"
erkk! tajuk entri??...
Seronok bila di kampung tambahan bila musim buah macam sekarang ni, pulak tu aku yang sedang bercuti semester panjang ni. 

Ni stok last buah rambutan milik jiran semperna musim buah kali ni ye.. 

itu mak aku sedang sibuk dengan galahnya, yang memanjat pokok abg aku... aku ngan kak  ipaq tunggu kutip je ye...
mari menikmati kemerahan buah rambutan....

ermm.... sedang bayangkan buah rambutan ni digantikan dgn buah epal. 
Busan rasanya hari2 makan buah epal segar ni... erkk lg!


p/s: selamat berpuasa....

Khamis, 28 Julai 2011

Laluan nostalgia

Tengah hari tadi aku menghidupkan enjin skuterku sebab nak mengambil mak aku kat Pekan Guar, pulak dalam masa yang sama hari ni PM datang untuk merasmikan hari bersama rakyat biasalah dekat2 nak musim mengundi ni. Jalan raya memang confirm la sesak dek orang ramai yang datang nak bersalaman dengan PM yang mereka chentai tu, sedangkan aku pula terselit-selit di celahan lori dan bas yang memang buat aku agak kecut perut sedikit..

Sesampainya kat Pekan Guar Chempedak...loh! lupa nak bawa helmet mak aku daa...so terpaksalah aku ambil jalan kampung tambahan bas2 persiaran serta kenderaan yang dalam kuantiti luar dari kebiasaan membuat aku memilih jalan yang aku sendiri tak pernah lalu sejak 20tahun yang lepas.

Mulanya memang agak kecut perut lalu kawasan ni sebab memang totally xde spesis manusia pun kat sini, yg ada cuma spesis lembu2 yang berkeliaran di padang ragut serta di pinggiran jalan tar mini. Mak aku yang menjadi pembonceng di belakang tiba2 kelu dari bersuara... ermm...rupanya dia tengah terkenangkan nostalgia masa arwah ayah aku ada bila aku cakap macam pernah lalu kawasan tu dengan ayah dolu2... lantas aku biarkan fikirannya melayang...

lalu aku mematikan enjin skuterku dan mencapai camera cap ayam yang setia di dalam kocek. 

dah nak hampir menuai dah sekarang...

 pemandangannya yang berlatarbelakangkan sawah padi di sebelah kanan dan gunung jerai di sebelah kiriku.. memang superb!

ni lah gunung jerai ye...salah satu habit, aku suka tengok bukit...suka sangat2..  
Sambil bawak moto sambil aku juga melayan nostalgia hampir 20tahun yang lalu, time tu aku kecik lagi tapi sense aku masih kuat yang jalan ni la aku pernah lalu dengan ayah aku naik moto masa nak pegi jalan-jalan kat pekan sampai selipar lochengku tercabut dek terlentok kt celah2 mak ngan ayahku... masa tu ayah aku la yg pegi kutip selipar tu... huuu..nostalgia kn?


p/s: korang ada laluan nostalgia?

Sabtu, 7 Mei 2011

hari terakhir di Landskap Integrasi

Sekarang ni baru ada masa free sikit lepas submit draft report pada Puan Huda walaupun belum siap lagi kan( banyak lagi kot) ...buat masa sekarang ni hidup aku dikelilingi dengan Nurul Huda... start dari practical coordinator, lecturer supervisor sampailah bos pun Nurul Huda jugak..

So sekarang ni adalah minggu terakhir sebelum aku menamatkan semester ni dengan jayanya insyallah. seriously i'm little bit nervous before my presentation for this 16 Mei 2011 and i will start my next semester for final after 4 month semester break, insyallah...

ok lah nk upload sket gambar makan-makan ngan bos and staff2 consultant semalam, semua dibelanja oleh boss. location di....

BIGFOOT eh! BIGFOOD Shah Alam....


grill lamb.. yang the rest of the background tu big foodnyer dan berjaya dihabiskan oleh BIGFOOT iaitu Acik Asmawi dengan lahabnya..hahah



banana split... baru ku tahu benda ini ujud atas dunia ni.. so heaven!.. very simple recipe cuma ice cream vanilla@ strawberry with banana....


chicken chop kak farahnyer..


ni bukan makanan tp ni adalah mem besar ok!



laici buah kegemaranku..

ni semua adalah di bawah tajaan mem besar, kalau nak tunggu ak taja tunggu la aku jadi Landskap Arkitek nanti ye... hehe
yang sebenarnya aku lebih suka letakan gambar makanan daripada gambar human figure, ada banyak lagi ni nak letak tapi malas nak edit plak...


ok lah dats all!



Rabu, 2 Mac 2011

DIET SEIMBANG UNTUK TUBUH SIHAT MENAWAN


Entri kali ni nak share sikit pasal diet seimbang...dan entry kali ni jugak sebagai peringatan untuk diri aku sendiri sebabnya aku rasa berat aku dah makin meningkat n lemak pun dah makin bertambah kot... dah xde cara lain lagi selain diet.. Kalau dulu aku kurus keding then berat aku dalam 45kg dgn tinggi 159 tapi bila aku start masuk deg S.Alam berat aku dah mencapai tahap ideal dengan berat 49kg tinggi 159 then masuk je part 6 angka kat penimbang tu dah makin bertambah sikit...arghh... dulu risau bangat dengan berat yang kurang tapi sekarang aku dah mula bimbang bila berat aku makin bertambah... ni dah masuk 52kg!..bimbang wehhh!!

ramai orang cakap "ala ko diet la"... wah! cakap memang senang tapi nak disiplinkan diri 2 yang agak susah kot sebabnya nafsu makan aku memang tinggi sekarang ni... xleh tahan beb!

kalau dulu aku asik dengar orang kata ' adda ko ni kurus sangat la, melayang je aku tengok' tapi sekarang ni 'adda ko da makin berisi la'... wahhh! bimbang ni!! camne aku nak pakai baju pengantin? tak cantek la nanti! :(...huhu!


time kurus2 dlu..


time final dip kat uitm perak dulu... ok r sikit berat ideal lg..

yang lates tengok aje kat sidebar aku yep!


tapi diet bukan untuk kurus aje, oo korang ingat diet, exercise tu suma untuk kurus aje ek... orang kurus tu xsemestinya sihat ye!... kalau kurus camni acanne?

macam papan lapiss...

nak kurus diet cara seimbang ikut tips2 ni.........

1. Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.

2. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.

3. Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.


10. Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.


4. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.

5. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.

6. Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.

7. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.

8. Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.

9. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.


selamat mencuba!